17 kereta bomba baharu untuk 13 lapangan terbang | DagangNews Skip to main content

17 kereta bomba baharu untuk 13 lapangan terbang

SEPANG 4 Mei – Malaysia Airports memperbaharui 17 kereta bomba yang telah tamat tempoh perkhidmatannya dan usang di 13 lapangan terbang kendaliannya di seluruh negara.

 

Dalam kenyataan di sini, Malaysia Airports berkata, kereta bomba baharu itu akan diletakkan di bawah Perkhidmatan Kebakaran dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dan akan dihantar dalam empat fasa menjelang tahun 2023.

 

Tanpa menyatakan kos yang terlibat, kenderaan baharu itu kelak menggunakan enjin 750 kuasa kuda seiring dengan garis panduan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) supaya dapat tiba di tapak kejadian dalam tempoh tiga minit selepas panggilan pertama dari menara kawalan trafik udara.

 

Kenderaan-kenderaan itu dilengkapi teknologi terkini yang canggih termasuk kamera pemantauan yang memberikan pandangan sekitar untuk mengelak kemungkinan halangan dan mengesan sumber haba secara lebih tepat menerusi pengimbas imej thermografik, yang pastinya meningkatkan kecekapan pasukan semasa menangani kecemasan.

 

Sau lagi keutamaan program pembaharuan kereta bomba ini ialah sistem pengurusan dalam talian berpusat bagi memeriksa keadaan kenderaan di seluruh lapangan terbang pada waktu sebenar.

 

"Sistem itu membolehkan pengesanan secara automatik apa saja masalah teknikal pada kenderaan. Maklumat ini disalur kepada pasukan AFRS dan pengilang kenderaan untuk mengambil tindakan segera.

 

wainuiomata

 

"Kereta bomba bernama Lion 6x6 Volkan adalah seberat 37.8-ton dan dilengkapi tangk air standard sebesar 12,000 liter dan tangki buih 1,500 liter," kata Malaysia Airports.

 

Setakat ini, enam unit kereta bomba telah tiba di Malaysia dengan Lapangan Terbang Melaka menjadi penerima pertama manakala lima lagi dihantar ke lapangan terbang Kota Bharu Airport (KBR), Limbang (LMN), Ipoh (IPH) dan Terengganu (TGG).

 

Lapan lagi akan diserahkan secara berperingkat ialah Lapangan Terbang Mulu (MZV), Miri (MYY), Sandakan (SDK), Bintulu (BTU), Tawau (TWU), Sibu (SBW), Lahad Datu (LDU), dan Alor Star (AOR). - DagangNews.com