Skip to main content
DagangNews.com
Kolum Idea Digital - 15 December 2020

3 Benda Ini Bakal Tentukan Nama Bisnes Yang Efektif

 

 

SATU daripada persediaan sebelum memulakan apa jua bisnes ialah pemilihan nama. Ia nampak mudah tetapi sebenarnya tidak. Nama yang baik bakal menjadi faktor penentu sama ada ia mampu pergi lebih jauh ataupun tidak.

 

Nama yang baik juga bakal menentukan sama ada ia mampu menyediakan first impression yang baik ataupun tidak. Nama yang baik juga bakal menentukan yang ia seolah-olah jenama yang besar dan kukuh ataupun tidak.

 

Apple, Spotify, Grab, Netflix, Marketing In Asia, Hard Rock, AirAsia, Sony, IKEA dan Starbucks merupakan di antara jenama-jenama besar dalam industri masing-masing, yang pada pendapat saya mempunyai pengaruh yang cukup besar terhadap komuniti mereka.

 

oku

 

Jenama-jenama ini sentiasa tersemat di fikiran setiap ahli komuniti mereka kerana terdapat beberapa faktor penjenamaan yang sama, yang digunakan oleh mereka. Apakah faktor-faktor tersebut?

 

Ia perlu sangat mudah.

Mudah yang bagaimana? Ia perlu mudah untuk diingat, mudah dieja dan mudah disebut Jadi ia perlu sependek mungkin. Sebaik-baiknya, ia perlu mempunyai hanya satu suku kata sahaja. Contohnya Grab, Slack, Swatch dan Lux. Sekiranya tidak ada nama yang sesuai dengan satu suku kata, tidak mengapa. Guna dua suku kata. Contohnya Di-Gi, Hard Rock, Star-bucks, So-ny, A-pple dan Net-flix.

 

Tidak mengapa sekiranya masih tidak ada lagi yang sesuai. Kita boleh menggunakan nama yang panjang, yang penting ia perlu mudah diingati, mudah dieja dan mudah disebut. Terdapat beberapa jenama besar yang menggunakan nama yang panjang yang kita boleh lihat sebagai contoh. Di antaranya ialah I-KE-A, Dis-co-ve-ry Chan-nel, Ma-lay-sia Air-lines, Pla-net Ho-lly-wood.

aaa

Ia boleh dipendekkan dengan huruf-huruf yang unik.

Terdapat beberapa jenama yang agak panjang tetapi mereka mampu memendekkannya dengan menggunakan huruf-huruf yang unik. Kombinasi huruf-huruf ini menjadikan jenama-jenama tersebut ikonik.

 

Contoh yang terbaik yang saya nampak di luar sana ialah Tenaga Nasional yang dipendekkan menjadi TNB, Cable News Network yang dipendekkan menjadi CNN, Amazon Web Services menjadi AWS. Business Network International menjadi BNI dan Bayerische Motoren Werke menjadi BMW.

 

BMW

Ia perlu sesuai dengan perancangan jangka panjang.

Di sini kita perlu berhati-hati. Ia sangat bergantung kepada perancangan jangka panjang kita sendiri. Sekiranya kita bercadang untuk mempunyai beberapa bisnes yang berbeza di kemudian hari dan ingin memulakan satu bisnes yang mudah terlebih dahulu contohnya, kita boleh menggunakan kaedah yang dilakukan oleh Google.

 

Mereka menggunakan Google, satu nama yang agak universal tetapi di dalamnya terdapat Google Mail, Google News, Google Meet dan sebagainya. Ataupun kita juga boleh menggunakan nama-nama berbeza untuk setiap bisnes yang dimiliki seperti yang dilakukan oleh Facebook. Mereka mempunyai Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger tanpa menggunakan nama yang standard seperti yang dilakukan oleh Google.

 

aaa

 

Ada yang mengatakan yang kita tidak sesuai untuk menamakan bisnes kita menggunakan nama sendiri. Katanya sukar untuk dijual nanti di kemudian hari. Saya kurang bersetuju dengan pandangan ini memandangkan terdapat beberapa jenama besar dunia yang menggunakan nama pemiliknya yang kini menjadi jenama ikonik dunia. Di antaranya ialah Bloomberg dan Forbes.

 

Bagi saya yang penting, orang ramai perlu ingat nama bisnes kita dahulu pada saat dan ketika mereka ingin membeli produk dan perkhidmatan yang kita jual. Ini hampir pasti akan menjanjikan jualan yang baik dan berterusan.

 

Pada zaman internet ini, keadaan di luar sana sangat-sangat bising. Tidak ada jenama yang akan mampu membuatkan para pengguna untuk ingat akan jenama-jenama mereka, melainkan jenama itu sendiri menjadikan nama mereka sangat mudah untuk diingati.

 

Keadaan yang semakin sukar ini memerlukan strategi penjenamaan yang sangat kuat dan ia perlu dimulakan dengan nama bisnes yang baik.

 

Lihat kembali nama bisnes anda. Kemudian jawab soalan di bawah ini dengan jujur. Tanya juga pada rakan-rakan anda dan minta mereka menjawabnya dengan jujur juga. Adakah ia mudah diingati, mudah untuk dieja dan mudah untuk disebut?

 

dagangnews.com

 
 
AZLEEN ABDUL RAHIM adalah seorang strategis pemasaran digital yang aktif menulis di pelbagai platform media sosial dan kini adalah kolumnis DagangNews menerusi ruangan IDEA DIGITAL setiap Selasa.

 

KOLEKSI IDEA DIGITAL:

Saya Seorang Pemasar Digital. Ini Pendapat Saya Tentang 2021

Bisnes Saya Beroperasi Secara Digital Sejak 2011. Ini Apa Yang Saya Belajar

Orang Membeli Tidak Hanya Berdasarkan Iklan

4 Pengajaran Tentang Pemasaran Digital Dari Kemenangan Joe Biden

Mengapa Strategi Pemasaran Mahal?

E-pemasaran : Minta 20 rakan baik di media sosial tolong tularkan

Guna Platform Ini Kalau Rasa Media Sosial Semakin Mahal

Jangan Percaya. Ini Semua Mitos Penjenamaan Sahaja

SELAMATKAN TAHUN 2020 ANDA!

Biarkan mereka, yang penting laman web anda ada blog

Pemulihan Bisnes Tahun 2020, Guna Pakar Yang Ada 6 Kriteria Ini

Saya Lakukan Ini Untuk Hidupkan Kembali Laman Blog Yang Lesu

Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

 

Portfolio Tags