4 pengarah Serba Dinamik letak jawatan | DagangNews Skip to main content

4 pengarah Serba Dinamik letak jawatan

DARI kiri Hasman Yusri Yusoff, Tengku Hasmuddin Tengku Othman, Sharifah Irina Syed Ahmad Radzi dan Rozilawati Basir.

 

(Dikemaskini 26 Jun 2021, 8 pagi Perenggan keempat...)

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 25 Jun - Empat ahli Lembaga Pengarah Serba Dinamik Holdings Berhad telah meletakkan jawatan berhubung tindakan saman yang diambil syarikat minyak dan gas itu ke atas bekas juruauditnya, KPMG PLT.

 

Hasman Yusri Yusoff, 60, dan Tengku Datuk Seri Hasmuddin Tengku Othman, 60, telah melepaskan jawatan masing-masing pada 24 Jun 2021, menurut makluman Serba Dinamik di Bursa Malaysia, lewat petang ini. 

 

Sementara, Sharifah Irina Syed Ahmad Radzi, 44, dan Rozilawati Basir, 50, meletakkan jawatan mereka sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif pada 23 Jun 2021. 

 

Syarikat juga memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Masleena Zaid, 45, turut menarik diri sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif, semalam atas alasan peribadi.

 

Harga saham Serba Dinamik menyusut 0.125 sen atau 23.36% kepada 0.410 sen ketika dagangan ditutup. 

 

Setakat ini, syarikat mencatatkan permodalan pasaran bernilai RM1.528 bilion dengan jumlah saham 3.727 bilion. - DagangNews.com