Mahkamah Tinggi tolak permohonan saman Synergy Promenade terhadap Felda, FIC
KUALA LUMPUR 30 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Synergy Promenade Sdn. Bhd. untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Felda dan FIC, dan memerintahkan syarikat pemaju itu membayar kos sebanyak RM10,000 kepada kedua-duanya.