Panduan bikin filem Tahun Melawat Malaysia: Utamakan Khalayak Sasaran
Oleh Afizan Amer
Pensyarah Kanan Pemasaran Digital
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,
Kampus Rembau, Universiti Teknologi Mara N.Sembilan
Model komunikasi maklumat menekankan rasional cara organisasi mencipta, menyampaikan dan memperoleh nilai. Proses pembinaan model perniagaan adalah sebahagian daripada strategi perniagaan.
Melalui artikel kita lihat dengan jelas ayat pertama definisi di atas menekankan model kumunikasi maklumat bukan hanya sebahagian daripada strategi perniagaan, tetapi merupakan satu gambaran lengkap walaupun hanya untuk paparan dalam filem montaj pendek.
Atas sebab itu, semua organisasi seharusnya meneliti dengan teliti tiga komponen yang disebut dalam ayat pertama definisi, cara mencipta, menyampaikan dan menangkap nilai.
Penciptaan Nilai
Sebelum sesuatu bahan promosi dibangunkan, organisasi perlu meniliti apakah yang dimaksudkan dengan penciptaan nilai atau apa hasilan akhir yang mahu dicapai.
Nilai boleh dicipta dalam dua cara:
1. Dengan menghasil dan menyatakan tawaran dalam bentuk barang atau perkhidmatan yang lebih bernilai kepada khalayak sasaran meliputi kos untuk menghasilkannya.
2. Dengan menghalang penghasilan kandungan yang mana tawaran yang kurang bernilai kepada kepada khalayak sasaran termasuk kos pengeluarannya.
Jelas sekali, kandungan yang tidak mengambil kira khalayak sasaran untuk menghasilkan sesuatu kandungan terpaksa mengorbankan bukan sahaja kos pengurusan risiko tetapi memusnahkan nilai yang cuba dihantar ke dalam minda khalayak sasaran.
Nilai yang dicipta sebagai kandungan mesti dibuat dan dihantar kepada khalayak sasaran sebelum mana-mana nilai itu tersedia untuk dilaksana oleh sesebuah organisasi.
Penciptaan nilai ialah seolah-olah satu proses yang dilihat agak remeh tetapi mempunyai risiko besar seperti yang terjadi dalam senario montaj pendek Tahun Melawat Malaysia 2026 baru-baru ini.
Penyampaian Nilai
Dalam memahami proses penyampaian nilai juga, tumpuan khusus juga harus diberikan penelitian. Ungkapan ini mungkin boleh disalah tafsir oleh pencipta kandungan termasuk montaj pendek.
Pembuat atau pencipta kandungan tidak boleh beraggapan bahawa kandungan yang mereka cipta itu sekarang sebuah kandungan. Ini adalah kerana sebuah kandungan yang dicipta akan menghantar satu nilai pada khalayak sasaran dan membentuk satu persepsi terhadap organisasi yang mereka wakili.
Pencipta kandungan tidak boleh tersilap dan perlu memahami benar-benar suasana persekitaran yang mereka hendak sasarkan kandungan tersebut kerana ia perlu membayangkan bahawa semua yang mereka lontarkan perlu bersedia dan mampu menyampaikan sesuatu masej untuk berjaya.
Jika kita mengambil pandangan yang lebih mengutamakan pelanggan, kita akan menyedari bahawa nilai kurang "disampaikan" tetapi lebih banyak "diterima" oleh para khalayak. Keputusan muktamad untuk membina persepsi sentiasa terletak pada pelanggan.
Pelanggan mungkin bersedia menerima dan menggunakan nilai yang organisasi tawarkan kerana kesedaran mereka terhadap kandungan yang dicipta. Ini dikuatkan lagi dengan saluran mesej yang penghantar kandungan gunakan, kepercayaan mereka bahawa tawaran itu akan menguntungkan mereka.
Usaha ini juga boleh dikukuhkan lagi oleh strategi pengukuhan maklumat seperti bahan bercetak dan jangkaan khalayak terhadap operasi yang lebih baik atau sikap keboleh percayaan khalayak terhadap amalan terdahulu sesebuah organisasi.
Jika penyedia kandungan boleh menyediakan strategi pengukuhan yang berterusan, dan strategi sokongan yang berkesan, maka khalayak pasti akan meminta anda untuk memindahkan lebih banyak nilai kepada bilangan mereka yang bersedia akan sentiasa berkembang dengan persepsi yang terbentuk juga akan menjadi positif.
Tangkapan Nilai
Tangkapan atau tanggapan terhadap sesuatu nilai merupakan kefahaman khalayak terhadap kandungan yang dihantar.
Ini merupakan peringkat di mana kesan kandungan dan persepsi yang terbentuk terhadap organisasi membayar pencipta kandungan.
Persoalannya, mampukah kita mengukur sesuatu nilai yang kita cipta melalui sesebuah kandungan dan berapakah jumlah nilai yang perlu sesebuah organisasi dapat hasil dari kandungan yang dipertontonkan?
Matematik mudah tidak dapat menentukan apa-apa jumlah yang tinggal selepas menolak kos penciptaan nilai dan penghantaran nilai daripada harga kesan tawaran nilai.
Tetapi ia tidak pernah semudah itu untuk membuat sesuatu pertimbangan terhadap penciptaan kandungan termasuklah montaj perdek
Ini adalah kerana pertimbangan lain; seperti, kesan atau impak terhadap penjenamaan perlu diteliti untuk jangka masa panjang.
Jumlah kejutan dan kegembiraan yang pencipta kandungan cuba cipta buat untuk pelanggan mereka, dan strategi penjenamaan jangka panjang perlu juga diberikan tumpuan.
Usaha ini tidak hanya tertumpu pada satu kandungan tetapi melibuti keseluruhan kandungan untuk strategi jangka masa panjang dalam pembinaan sesebuah jenama besar.
Maka pengajaran yang kita patut ambil dari kejadian montaj pendek Tahun Melawat Malaysia 2026 baru-baru ini ialah kandungan bukanlah sekadar kandungan.
Tetapi ia perlukan penelitian yang tinggi kerana ia akan membina persepsi untuk jangka masa panjang terhadap sesuatu strategi penjenamaan sesebuah organisasi. - DagangNews.com
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI