Akhbar Cina persoal ikhlaskah kerajaan selesaikan isu doktor kontrak? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 8 April 2023

Akhbar Cina persoal ikhlaskah kerajaan selesaikan isu doktor kontrak?

Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pao, 5-7 April 2023

 

 

ISU doktor kontrak telah wujud selama tujuh tahun. Beban kerja benyak, tekanan yang tinggi, gaji yang rendah dan beberapa situasi tidak munasabah sehingga hari ini masih belum ada penyelesaian. Selepas tiga kali pertukaran pentadbiran kerajaan, masih lagi janji manis belum tertunai.

 

Baru-baru ini, kumpulan Mogok Doktor Malaysia telah melancarkan mogok tiga hari dengan tidak hadir bekerja, mengambil cuti atau memakai pakaian hitam sebagai tanda protes dan sokongan.

 

Kumpulan tersebut menyatakan mana-mana doktor yang menyertai akan memberitahu pihak pentadbiran hospital untuk tidak hadir bekerja dengan memohon cuti sakit. Jika mereka mendapat ugutan atas tindakan ini, kumpulan tersebut akan bantu membuat laporan polis.

 

Walaupun mogok kali ini bukannya turun di jalanan, namun tindakan tidak hadir atau sambil lewa bekerja selama tiga hari berturut-turut, sudah cukup melumpuhkan operasi biasa hospital termasuklah bilik kecemasan, klinik pesakit luar dan penjagaan perubatan khusus.


 

parafrasa

 


Pada Julai 2021, pernah berlaku mogok doktor kontrak tetapi kebanyakan doktor yang mengambil bahagian dalam mogok itu kembali bertugas semula seperti biasa. Kemudian pada bulan Disember tahun yang sama, doktor kontrak merancang sekali lagi untuk mogok tetapi Menteri Kesihatan pada masa itu, Khairy Jamaluddin memberitahu isu doktor kontrak akan dimaklumkan kepada kabinet, maka mogok tersebut dibatalkan.

 

Tiada mogok, hak pesakit diutamakan

Meskipun Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memberitahu tiada mogok di kemudahan penjagaan kesihatan awam di seluruh negara. Namun kebimbangan orang ramai terhadap mogok doktor perlu segera ditangani.

 

MMA menyatakan mereka telah menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanyakan sama ada hospital kerajaan beroperasi seperti biasa, dan jawapannya adalah ya. MMA berharap agar Kementerian Kesihatan dapat menyampaikan maklumat sekerap yang mungkin, bagi meminimumkan kebimbangan orang ramai bahawa perkhidmatan hospital kerajaan adalah seperti biasa.

 

Amat menggembirakan kerana hospital dan klinik kerajaan di semua negeri beroperasi seperti biasa pada 3 April dan tidak ramai doktor kontrak yang bercuti kerana mogok. Walaupun kebanyakan mereka tidak berpuas hati dengan kerajaan, tetapi mereka tetap meneruskan kerja demi hak dan kepentingan pesakit.

 

Walaupun tindakan mogok kali ini tidak hangat, tetapi tidak dinafikan setakat 2022 jumlah doktor kontak di negara mencecah 30 ribu orang. Dari tahun 2017 sehingga 2022, selepas sistem doktor kontrak diperkenalkan, seramai 3,386 doktor kontrak telah meletakkan jawatan. Kebanyakan mereka menukar pekerjaan atau pergi ke luar negara dan ini merupakan kehilangan besar sumber perubatan negara. Jadi masalah ini perlu segera diselesaikan.

 

Lambakan graduan perubatan punca masalah

Jika dulu semua graduan perubatan perlu menjalani Latihan amali selama dua tahun di hospital kerajaan dan kemudian berkhidmat sebagai doktor perkhidmatan wajib selama dua tahun, barulah akan diambil bekerja secara tetap dengan kerajaan.


 

parafrasa

 


Tetapi isunya muncul apabila institusi awam dan swasta membuat pengambilan besar-besaran jurusan perubatan, dengan lima hingga enam ribu graduan setiap tahun. Sejak 2016, berlaku masalah lebihan graduan, jadi kerajaan bertukar kepada kaedah pengambilan graduan secara kontrak dua tahun.

 

Kerajaan tidak perlu memperbaharui kontrak selepas tamat, menyebabkan doktor kontrak kehilangan jaminan kerja. Pada masa sama mereka tidak dapat merancang kerjaya mereka sendiri seperti menjadi doktor pakar. Keadaan ini menjadi semakin kritikal dan selama tujuh tahun ini masih belum dapat diselesaikan.

 

Layanan tidak setimpal  

Masa yang diperlukan untuk belajar perubatan adalah lebih lama berbanding bidang lain dan yuran pengajiannya juga mahal. Dua tahun Latihan amali dan dua tahun perkhidmatan wajib, tetapi akhirnya ditawarkan sebagai doktor kontrak, benar-benar tidak berbaloi.

 

Tanggungjawab dan beban kerja doktor kontrak juga sama seperti doktor tetap di hospital, tetapi gaji mereka jauh lebih rendah, tidak menikmati elaun kenaikan gaji, cuti latihan (tiada peluang untuk mengambil latihan dan ujian doktor pakar), pelan pinjaman kerajaan dan faedah-faedah lain.

 

Doktor kontrak mendapat layanan yang sangat tidak adil. Pada masa ini, mereka perlu ‘on call’ 12 kali sebulan, dengan maksimum 32 jam setiap panggilan dan gaji setiap jam RM9. Dan kes yang paling melampau ialah 384 jam ‘on call’ sebulan dan mendapat elaun RM3,456.

 

Bagi gaji pula, gaji pokok doktor kontrak UD43 hanya RM3,611, dengan kenaikan gaji tahunan tetap RM250. Apabila mereka bekerja berhadapan dengan kematian pesakit, gaji yang rendah, dan tekanan kerja yang tinggi, maka tidak hairanlah doktor kontrak mula terjentik dengan layanan yang tidak munasbah.

 

Keikhlasan kerajaan selesai masalah

Dalam hal ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementerian akan membentuk jawatan kuasa peringkat tertinggi untuk menangani isu doktor kontrak dan menganggap mogok bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.


 

parafrasa

 


Jadi kerajaan perlu mengambil serius masalah ini dan menyelesaikannya dengan ikhlas, kerana sudah 21 bulan berlalu sejak mogok terakhir diadakan.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berterima kasih kepada doktor kontrak kerana tidak mengambil bahagian dalam tindakan mogok. Beliau turut berpendapat tuntutan doktor kontrak adalah munasabah kerana sudah lama berkhidmat dan isu ini juga sudah lama tertangguh.

 

Justeru itu, kerajaan akan menyerap 4,300 doktor kontrak kepada jawatan tetap pada tahun ini. Dan dijangka 12,800 doktor kontrak akan diserap dalam tempoh tiga tahun.

 

Bimbang lebih ramai doktor kontrak letak jawatan

Pendek kata, mogok doktor kontrak akan memberi kesan negative yang besar kepada sistem perubatan dan pesakit negara kita.oleh itu, Kementerian Kesihatan dan institusi perubatan harus mengambil Langkah yang perlu untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah doktor kontrak menjadi doktor tetap.

 

Oleh kerana doktor kontak telah menunjukkan keikhlasan dan tidak mengambil bahagian secara aktif dalam mogok, maka Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam harus menunjukkan keikhlasan meredakan ketidakpuasan hati.


 

parafrasa

 


Walaupun tidak semua mereka dapat diserap tetap serta-merta, sekurang-kurangnya manfaat yang sepatutnya diberikan seperti kenaikan gaji dan sebagainya perlu diberikan.

 

Kerajaan tidak boleh terus melengahkan isu ini, bimbang kemungkinan lebih ramai doktor kontrak akan meletakkan jawatan dan menyebabkan negara kehilangan lebih ramai pakar. - DagangNews.com

 

Artikel ini disiarkan di dalam akhbar Nanyang Siang Pao dan Sin Chew Jit Poh 5-7 April 2023, dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI APA KATA MEDIA CINA

Portfolio Tags