Apa sebenarnya punca masalah harta pusaka terbeku di Malaysia? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 31 Aug 2020 08:18 AM
wasi3


APA SEBENARNYA PUNCA MASALAH HARTA PUSAKA TERBEKU DI MALAYSIA?
 

Saya akan meneruskan stail penulisan saya di Dagang News dengan pendekatan mengkritik pemikiran masyarakat dalam perkara berkaitan pusaka. Anda mungkin boleh terima dan boleh juga untuk tidak menerima. Let’s agree to disagree.

Digembar-gemburkan bahawa nilai harta pusaka yang terbeku di Malaysia mencecah nilai RM70 bilion. Saya tak berani nak ulas sama ada statistik ini benar atau tidak kerana saya tidak mencatatnya. Malah tiada satu pihak pun di Malaysia secara rasmi menyimpan statistik harta terbeku ini.


Mungkin yang ada ialah statistik akaun wang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara. Namun wang tidak dituntut ini bukan semuanya harta pusaka. Ada juga termasuk di dalamnya ialah akaun-akaun tidak aktif di bank namun pemiliknya tidak diketahui secara tepat masih hidup atau dah mati.

Dari segi nilai harta pusaka yang terdiri dari hartanah pula, tiada mana-mana pihak pun mencatat nilai harta pusaka ini kerana nilainya berubah setiap tahun. Jadi saya tidak mahu komen aspek nilai harta pusaka tertunggak ini kerana tiada statistik rasmi.


Walaupun demikian, dalam pengalaman 22 tahun saya terlibat di dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka ini, masalah harta pusaka terbeku ini memang wujud dan menghantui masyarakat terutamanya orang Islam.

Apa maksud harta pusaka terbeku? Maksudnya harta itu masih berdaftar di atas nama simati. Geran tanah selepas 30 tahun pemiliknya mati, masih di atas nama simati. Akaun bank yang tidak diurus begitu lama kerana pendepositnya mati, dihantar ke Jabatan Akauntan Negara di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Kes begini memang sangat banyak saya jumpa di segenap pelusuk negara bila saya berceramah.

Apa sebenarnya punca kepada masalah harta pusaka terbeku ini? Ada banyak faktor yang terlibat namun dari pengalaman saya, faktor paling besar dan utama yang menyumbang kepada masalah ini ialah kejahilan waris tentang proses pengurusan harta pusaka di Malaysia.

Sebanyak 99% waris bila kematian ayah atau ibu, tidak tahu apa yang perlu mereka buat, ke mana mereka harus pergi, apa dokumentasi yang perlu diperoleh dan apa proses perundangan selangkah demi selangkah yang perlu dilalui sebelum harta pusaka itu dapat mereka terima secara sah.

 

aaa


Umat Islam Malaysia perlu faham bahawa terdapat dua bidang kuasa undang-undang yang perlu dilalui untuk menuntut harta pusaka. Bidang kuasa mahkamah syariah meliputi penentuan hak waris atau pihak-pihak lain berkaitan hukum faraid, isu sah taraf perkahwinan, sah taraf waris, hibah, wasiat, waqaf dan harta sepencarian.

Bidang kuasa undang-undang sivil pula ialah dalam konteks pentadbiran harta pusaka iaitu pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian sama ada di Pejabat Pusaka Kecil ( Bagi harta di bawah nilai RM2 juta dan mengandungi harta alih dan harta tak alih / hartanah ), Mahkamah Tinggi Sivil ( bagi harta di atas nilai RM2 juta mengandungi sama ada harta alih sahaja atau harta tidak alih sahaja atau kombinasi kedua-duanya ) dan Amanah Raya Berhad (bagi harta alih sahaja di bawah nilai RM600,000 ).

Seringkali saya baru bercerita bidang kuasa sahaja ramai dah serabut dengar. Dah kelam-kabut bertanya kes ahli keluarga masing-masing apa nak dibuat. Itu belum saya ceritakan lagi proses nak mengumpulkan semua dokumen termasuk proses carian hartanah rasmi di pejabat tanah berkenaan yang mana kadang-kadang tidak mencukupi dan perlukan pula salinan geran asal kerana keperluan pelan tapak bagi tujuan penilaian Jabatan Penilaian Harta. Ada masa carian rasmi ini kena dibuat di pejabat tanah daerah dan ada masanya pula ke pejabat tanah negeri.

Waris anda pakar buat kerja-kerja ini? Ada masa nak buat kerja-kerja ini ? Kerja ini kena buat hari bekerja dan waktu bekerja sahaja ya. Sabtu dan ahad pejabat kerajaan yang berkaitan tutup. Jadi kalaupun waris sanggup turun naik pejabat berkenaan untuk buat kerja-kerja ini kenalah dia mengambil cuti dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke sana ke sini.

P
roses ini semakin sukar difahami waris kerana dasar, polisi, peraturan dan undang-undang berkaitan harta pusaka ini semakin dinamik dan semakin banyak berubah atas keperluan semasa. Proses pusaka 10 tahun lepas tidak sama dengan proses pusaka sekarang. Pengalaman Wasiyyah Shoppe Berhad beroperasi sejak 15 tahun lepas menunjukkan prosesnya sudah jauh berubah. 

S
eorang hamba Allah pernah berkata kepada saya selepas habis satu ceramah saya. Dia adalah pesuruhjaya sumpah dan banyak menolong orang menuntut harta pusaka. "Senang je prosesnya." kata dia. Jawapan saya kepadanya yang buat dia terdiam dan termangu-mangu ialah “Haji memang terer bab urus harta pusaka ni sebab dah bertahun buat kerja ni. Tapi yang matinya nanti ialah Haji sendiri. Isteri dan anak-anak Haji yang kena menghadap proses tuntut harta pusaka Haji. Mereka tu sama terer macam Haji ke dalam urusan ni ? Ke Haji memang dah latih isteri dan anak-anak Haji pasal proses undang-undang ni?”. Seperti dijangka jawapannya krik..krik..krik, sambil terkebil-kebil. I rest my case.

K
erana itulah secara konsisten semenjak 15 tahun lepas saya mendidik masyarakat supaya lantiklah pihak profesional seperti syarikat amanah patuh syariah Wasiyyah Shoppe Berhad untuk membantu waris melalui proses perundangan ini dengan mudah. Kami berkepakaran di dalam bidang ini dan dapat membantu waris menerima harta pusaka dengan cepat, tepat, mudah.

S
egala urusan dokumentasi akan kami selesaikan bagi pihak waris. Waris hanya perlu hadir bicara kuasa sahaja. Dalam banyak keadaan apabila ibu bapa itu telah melantik Wasiyyah Shoppe Berhad bagi membantu waris-warisnya melalui proses ini, Perkhidmatan ini kami berikan kepada waris secara PERCUMA!

Y
a, waris tidak perlu membayar apa-apa kepada kami malah harta pusaka juga tidak dipotong walau satu sen pun. Semuanya diterima waris 100%. Wasiyyah Shoppe Berhad ialah satu-satunya organisasi di Malaysia yang boleh membantu waris melalui proses pengurusan harta pusaka tanpa terbeban dengan sebarang kos. Kan mudah begitu. Bolehlah layari laman sesawang kami di www.wasiyyahshoppe.com.my untuk maklumat lanjut.

K
ita sebenarnya boleh membantu waris-waris kita mendapat harta pusaka kita dengan cepat dan mudah dengan cara kita merancang harta kita dengan baik semasa hidup. Harta pusaka yang dapat diterima cepat oleh waris boleh digunakan sebagai sumber ekonomi untuk menggembleng ekonomi ummah. Harta pusaka yang terbeku tak memberi sebarang manfaat kepada sesiapapun. Malah menjadi fitnah yang berat kepada kita sebagai pemilik harta. Tepuk dada tanya iman. 
 

aaa
Ariffin Sabirin adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad. Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan harta secara Syariah sila klik di sini: Wasiyyah Shoppe

 

KOLEKSI ANEKDOT MAWARITH

Kita tinggalkan PUSAKA atau PUAKA?

"WARIS AKU CONFIRMED TAK GADUH PUNYA!"

RAMAI ORANG ISLAM TIDAK TAHU DIA SEDANG MENGALAMI KERUGIAN

APA YANG KECOH SANGAT PASAL PUSAKA NI?