Arab Health 2022 buka peluang Malaysia teroka pasaran antarabangsa | DagangNews Skip to main content

Arab Health 2022 buka peluang Malaysia teroka pasaran antarabangsa

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Jan - Pameran Arab Health 2022 yang kini berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia memperkenalkan perkhidmatan dan produk kesihatan, sekali gus mempromosi serta meneroka pasaran di peringkat antarabangsa.

 

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, tahun ini Malaysia menjadi sebahagian daripada negara yang menyertai pameran tersebut dengan 24 pempamer terdiri daripada syarikat-syarikat ternama tempatan dalam bidang kesihatan.

 

"Saya berpeluang untuk melihat sendiri suasana pameran ini yang menghimpunkan lebih daripada 3,500 pempamer daripada 60 buah negara serata dunia.

 

"Majlis Getah Malaysia (MRC) menjadi wakil tunggal kementerian dan beberapa pempamer daripada Malaysia seperti Mah Sing Healthcare Sdn.Bhd, Hartalega Sdn. Bhd. dan Hana Medic Sdn Bhd," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

 

zuraida

 

zuraida

 

Katanya, dengan tagline No One Knows Rubber Like Malaysia Does, MRC telah mempamerkan produk seperti sarung tangan getah, pelitup muka dan kateter getah. - DagangNews.com