10,000 kerja kosong ditawar sempena Karnival Kerjaya Perak Sejahtera pada 16 September 2022 | DagangNews Skip to main content

10,000 kerja kosong ditawar sempena Karnival Kerjaya Perak Sejahtera pada 16 September 2022

Karnival Kerjaya Perak Sejahtera yang bermula pada 16 September 2022 menawarkan 10,000 peluang pekerjaan.
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 14 Sept - Sebanyak 10,000 peluang kerja menanti warga Perak khususnya golongan muda pada Karnival Kerjaya Perak Sejahtera di Stadium Indera Mulia di sini, bermula Jumaat ini.

 

Karnival kerjaya yang berlangsung selama tiga hari itu dikelolakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

 

Ia merangkumi temuduga kerja, pendaftaran pencari kerja, klinik resume dan keterampilan yang melibatkan sebanyak 60 buah syarikat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Maisarah Ahmad berkata, program ini adalah sebahagian daripada pengisian pada Karnival MESRA Anak Muda (KAMU)@Karnival Lokein-O-Rama di bawah inisiatif Perak Sejahtera 2030.

 

Menurut beliau, Perak Sejahtera 2030 ialah pelan strategik pembangunan yang dirangka kerajaan negeri untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat.

 

"Ini merupakan sebuah karnival yang padat dengan program serta aktiviti untuk golongan belia. 

 

"Objektif penganjuran karnival tersebut untuk menghimpunkan anak muda dan belia negeri Perak dalam menterjemahkan segala aspirasi dan kreativiti dari sudut sosial, masyarakat, ekonomi dan pembangunan insan. 

 

 

karnival
Sebanyak 60 buah syarikat sekitar Perak terlibat menawarkan peluang pekerjaan di syarikat masing-masing.

 

 

"Karnival ini juga akan menjadi platform kerajaan negeri dalam merealisasikan impian untuk mencapai Perak Sejahtera 2030," ujarnya.

 

Sambil berjual beli dan mengambil bahagian dalam program, para pengunjung juga dapat berhibur menerusi persembahan konsert santai.

 

 

perak
Selain sesi temuduga kerja, golongan belia yang datang juga boleh melakukan pendaftaran pencari kerja, klinik resume dan keterampilan.

 

 

Penganjur membawakan band terkenal seperti Kugiran Masdo, The Times, Balok People, Fugo dan ramai lagi artis. 

 

Kata Maisarah, anak-anak muda negeri Perak dijemput hadir beramai-ramai pada karnival tersebut kerana banyak pengisian disediakan untuk anda. 

 

 

perak
Dr. Maisarah Ahmad

 

 

"Adalah diharapkan melalui kolaborasi kedua-dua pihak ini dapat memberi impak yang lebih besar kepada anak muda. 

 

"Tambahan pula, Lokein membawa agenda selari dengan agenda utama Perak Sejahtera 2030 iaitu ekonomi digital yang juga mesra dengan golongan muda," ujarnya. - DagangNews.com