KUALA LUMPUR 23 Dis - Dagang NeXchange Bhd (DNeX) menerusi Dagang Net Technologies Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan Conex SAS bagi menyelaraskan pematuhan perdagangan Kesatuan Eropah (EU) kepada pengeksport Malaysia.
Kumpulan itu berkata, kerjasama itu bertujuan membantu pengeksport bagi memenuhi keperluan Sistem Kawalan Import 2 (ICS2) EU, yang mewajibkan pra pemberitahuan barangan kepada pihak berkuasa kastam sebelum dihantar ke EU.
Menerusi Kerjasama itu, DNeX dan Conex akan bersama-sama membangunkan perkhidmatan baharu yang dijangka tersedia menjelang Mac 2025.
Perkhidmatan itu akan membolehkan pengeksport Malaysia menyerahkan secara elektronik maklumat ICS2 yang diperlukan terus kepada sistem EU pusat untuk penilaian risiko, memudahkan proses dan memastikan pematuhan mereka.
Conex merupakan syarikat Perancis dan merupakan pembekal perkhidmatan IT EU dalam rumusan pengurusan prosedur kastam dengan rekod prestasi yang kukuh dalam penghantaran pengisytiharan kastam dan keselamatan, akan memanfaatkan kepakaran dan platformnya untuk memudahkan penyepaduan lancar bagi penyerahan Pengisytiharan Ringkasan Kemasukan (ENS) proses.
Perkongsian itu akan memberi manfaat kepada pengeksport Malaysia dengan:
i) Mengurangkan beban pentadbiran: Mengautomasikan proses penyerahan ICS2.
ii) Meminimumkan kelewatan dan gangguan: Memastikan penyerahan data tepat pada masanya dan tepat.
iii) Meningkatkan kecekapan perdagangan: Memperkemas operasi perdagangan dengan EU.
"Kerjasama ini akan melengkapkan perniagaan Malaysia dengan alat diperlukan untuk mengemudi peraturan EU dan mengekalkan operasi perdagangan yang lancar," kata Pengerusi Eksekutif DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail.
Sementara tu, Ketua Pegawai Eksekutif Conex, Bertrand Gruson berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyokong perniagaan Malaysia dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pematuhan dalam perdagangan antarabangsa.
DNeX, melalui Dagang Net, mengendalikan Tetingkap Tunggal Kebangsaan Malaysia untuk Fasilitasi Perdagangan, sistem sehenti yang menghubungkan peniaga dengan agensi kerajaan dan rakan kongsi logistik.
Platform itu memproses lebih 100 juta transaksi elektronik setiap tahun, memudahkan interaksi perdagangan yang lancar dan meningkatkan kecekapan perdagangan. - DagangNews.com