12 hal `Fasa Peralihan Ke Endemik’ untuk kita mudah faham | DagangNews Skip to main content

12 hal `Fasa Peralihan Ke Endemik’ untuk kita mudah faham

Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 1 April – Bermula hari ini, Malaysia secara rasmi memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ yang merupakan `strategi keluar’ untuk membolehkan rakyat kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

  1. Masih berstatus `Peralihan’

Fasa ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).


 

jpn

 

 

  1. Pelitup masih kena pakai

Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.


 

MKN

 

 

  1. Tiada lagi had waktu operasi restoran

 Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.

Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar.

 

  1. Daftar MySejahtera masih kena buat

Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung.


 

PM

 

 

  1. Rapatkan saf

Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).


 

KKM


 

  1. Keperluan vaksinasi

Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.

Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

 

  1. Boleh kenduri-kendara

Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50% untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai.

Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh. Tiada lagi had kapasiti 50%. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.


 

PM

 

 

  1. Pelancong datang, kita boleh ke luar negara

Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ialah pembukaan sempadan negara. Justeru, selari dengan perancangan memasuki Fasa berkenaan pada 1 April 2022, Kerajaan telah memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April ini.

Sektor pelancongan akan merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan.

 

  1. Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu:

a. Pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19

b. Kedua, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain

c. Ketiga, memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka. Paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua.

 

Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.

 

Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.


 

UPM

 

  1. Omicron

Walaubagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara kita dan kebanyakkan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.

 

  1. Vaksinasi lengkap

Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

 

Bagi yang tidak menerima vaksinasi lengkap :
 

KKM

 

 

  1. Laluan khas VTL

Bagi negara yang masih menutup pintu sempadannya, rakyat masih boleh memanfaatkan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) yang telah dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara yang terbabit.


 

PM

 

 

Diharapkan rakyat yang ingin memanfaatkan pembukaan sempadan negara dapat melaksanakannya mengikut garis panduan yang ditetapkan demi keselamatan diri, orang sekeliling serta negara secara keseluruhannya. - DagangNews.com