147 hospital APHM ditawar polisi insurans ganti rugi 'Doctor Shield' | DagangNews Skip to main content

147 hospital APHM ditawar polisi insurans ganti rugi 'Doctor Shield'

Steve Crouch

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sebanyak 147 hospital di bawah Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) ditawarkan polisi insurans ganti rugi profesional secara dalam talian, Doctor Shield bermula 1 September 2020.

Tawaran tersebut adalah hasil kerjasama APHM bersama sebuah syarikat InsurTech multinasional iaitu JA Assure.

Ketua Pegawai Eksekutif JA Assure, Japhire Gopi berkata, platform Doctor Shield itu merangkumi ciri-ciri istimewa seperti kepantasan proses sebut harga, penerbitan polisi kurang daripada 10 minit serta pembaharuan polisi segera dalam talian.

"Sokongan daripada APHM menjadi isyarat terbaik bahawa kita berada pada landasan yang tepat untuk membantu komuniti perubatan dan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polisi Doctor Shield ditaja jamin oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad yang merupakan sebuah syarikat insurans am di Malaysia.

Menurut Presiden Chubb, Steve Crouch, selain menjadi penaja jamin, pihaknya memberitahu polisi tersebut diwujudkan bagi membantu golongan profesional perubatan dengan cara yang lebih pintar dan cepat.

Sementara itu, Presiden APHM, Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, keputusan pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan Doctor Shield disebabkan oleh pendekatan yang digunakan adalah lebih kehadapan dan mesra digital.

Kuljit Singh
Kuljit Singh 

 

"Kelebihan ini secara tidak langsung memudahkan proses insurans ganti rugi selain menggabungkan ciri inovatif produk yang merupakan nilai tambah yang belum pernah dilaksanakan dalam industri perubatan sebelum ini.

"Ini juga merupakan peluang bagi profesional perubatan di anggota hospital untuk menjimatkan masa melalui peningkatan tahap kecekapan," tambahnya lagi.

Melalui kerjasama itu juga, APHM berjaya mendapatkan penjimatan harga menyeluruh sekali gus membuktukan komitmen APHM dalam membantu meningkatkan taraf rawatan perubatan di Malaysia - DagangNews.com