19.6% terima dos pertama, lebih 9 juta rakyat Malaysia divaksin | DagangNews Skip to main content

19.6% terima dos pertama, lebih 9 juta rakyat Malaysia divaksin

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 5 Julai - Jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 di negara ini terus meningkat sebanyak 206,015 semalam.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah harian yang dicatatkan itu meliputi 127,385 pemberian dos pertama dan 78,630 bagi pemberian dos kedua.

 

.

 

Jumlah harian yang dicatatkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di Malaysia mencecah 9,006,715 dos hingga semalam.

 

Jumlah berkenaan terdiri daripada 6.3 juta pemberian dos pertama dan 2.6 juta pemberian dos kedua.

 

Berdasarkan perkembangan tersebut, peratusan populasi negara yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama mencecah 19.6%, sementara 8.0% telah melengkapkan pengambilan dos kedua.

 

.

 

Bagi peratusan vaksinasi golongan dewasa, sebanyak 27.3% telah mendapatkan suntikan dos pertama dan 11.2% berjaya mendapatkan suntikan bagi dos kedua.

 

Sementara itu, bagi peratusan populasi mengikut negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak mencatatkan peratusan populasi yang menerima vaksin pertama paling tinggi iaitu sebanyak 65.1% dan 42.5%.

 

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan pula masing-masing merekodkan peratusan vaksinasi sebanyak 39.7% dan 37.0% bagi dos pertama. - DagangNews.com