PPV Shah Alam Convention Centre yang mula beroperasi hari ini.
Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 5 Julai - Sebanyak 21 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mula beroperasi hari ini.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah berkenaan meliputi 14 PPV Awam dan tujuh PPV Integrasi.
"Lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan untuk memastikan seramai mungkin dapat divaksinasi secepat mungkin," jelas JKJAV dalam satu ciapan di laman Twitter hari ini.
Berikut adalah senarai PPV yang memulakan operasi hari ini;
Dalam pada itu, JKJAV dalam satu ciapan semalam menegaskan tiada jalan pintas atau 'short cut' untuk masyarakat mendapatkan janji temu vaksinasi COVID-19.
Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak ke 'HelpDesk' MySejahtera bagi tujuan berkenaan.
"Untuk makluman, terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.
"Kami menggesa orang ramai untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih dihantar orang ramai kepada MySejahtera," jelas JKJAV. - DagangNews.com