30 pelajar cemerlang sambung pengajian di universiti terkemuka Australia | DagangNews Skip to main content

30 pelajar cemerlang sambung pengajian di universiti terkemuka Australia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Feb - Seramai 30 pelajar cemerlang di bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) lepasan matrikulasi berlepas ke Australia bagi menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. 

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, pelajar-pelajar terbabit merupakan penerima Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM yang akan melanjutkan pengajian di universiti yang tersenarai dalam Top 100 QS World University Rankings.

 

Universiti berkenaan, termasuklah Australian National University, University of Queensland, University of Sydney, University of New South Wales dan University of Melbourne.

 

"Pelajar-pelajar berkenaan akan mengikuti pengajian dalam bidang Matematik, Kimia, Biologi, Fizik dan Sains Komputer," katanya.

 

Sesi pelepasan pelajar tajaan KPM itu telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Februari lepas.

 

 

kpm

 

 

kpm

 

 

kpm

 

 

Sesi tersebut turut dihadiri Setiausaha Bahagian Tajaan Pendidikan KPM, Mazlina Munawar. - DagangNews.com