340,043 dos diberi semalam, jumlah kumulatif cecah 9.6 juta | DagangNews Skip to main content

340,043 dos diberi semalam, jumlah kumulatif cecah 9.6 juta

Vaksin COVID-19. Kredit gambar Utusan Borneo

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 7 Julai - Malaysia sekali lagi melepasi sasaran 300,000 pemberian dos vaksin harian apabila berjaya mencatatkan jumlah pemberian dos sebanyak 340,043 semalam.

 

Jumlah berkenaan adalah yang tertinggi berbanding 313,761 dos yang direkodkan pada 5 Julai baru-baru ini.

 

.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah tertinggi itu meliputi 206,757 pemberian dos pertama dan 133,286 bagi pemberian dos kedua.

 

Mengikut pecahan negeri, jumlah pemberian dos paling tinggi semalam direkodkan di Selangor iaitu 57,473 bagi dos pertama dan 22,525 bagi dos kedua.

 

Sementara itu, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan sebanyak 27,980 dan 39,031 bagi pemberian dos pertama.

 

.

 

Peningkatan jumlah harian tertinggi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di Malaysia mencecah 9.6 juta bagi tempoh sama.

 

Jumlah kumulatif tersebut terdiri daripada 6.7 juta dos pertama dan 2.8 juta bagi pemberian dos kedua.

 

Dalam pada itu, peratusan populasi yang divaksin di negara ini turut meningkatkan kepada 20.8% 

 

Populasi yang telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin pula mencecah 8.8% bagi tempoh hingga 6 Julai 2021. - DagangNews.com