3Q20: Keuntungan sebelum cukai Deleum RM12.8 juta | DagangNews Skip to main content

3Q20: Keuntungan sebelum cukai Deleum RM12.8 juta

Deleum Berhad

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Syarikat penyedia produk dan perkhidmatan industri minyak dan gas, Deleum Berhad (Deleum) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM12.8 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2020.

 

Mengikut perbandingan suku ke suku, prestasi kewangan Deleum menunjukkan perubahan pada suku ketiga selepas mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM21.6 juta daripada jumlah kerugian RM12.9 jta pada suku kedua 2020.

 

Deleum berkata, pendapatan syarikat meningkat kepada RM144.9 juta berbanding RM138.8 juta pada suku sebelumnya.

 

"Bagi prestasi segmen perniagaan untuk suku ketiga, pendapatan segmen tenaga dan Jentera (P&M) menurun 53.8% kepada RM83.0 juta berbanding RM179.7 yang dipengaruhi oleh tahap aktiviti yang kurang memuaskan.

 

"Keuntungan sebelum cukai turun 24.8% kepada RM14.2 juta diheret oleh peningkatan margin operasi susulan perubahan positif dalam campuran jualan, perbelanjaan overhed yang lebih rendah hasil inisiatif penjimatan kos yang dilakukan di samping pergerakan pertukaran asing yang baik," jelas Deleum dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mengulas lanjut, Deleum memberitahu, keuntungan sebelum cukai segmen Oilfield Services (OS) meningkat kepada RM2.9 juta meskipun mengalami penguncupan pendapatan sebanyak 16.7% kepada RM30.9 juta pada suku ketiga.

 

Keuntungan sebelum cikai sebanyak 16 kali ganda berjumlah RM2.7 juta adalah disebabkan oleh kos overhed yang lebih rendah hasil inisiatif penjimatan kos yang dilakukan selain margin yang lebih baik.

 

Keuntungan sebelum cukai bagi segmen Integrated Corrosion Solution (ICS) pula sedikit menurun kepada RM3.3 juta pada suku ketiga 2020 berbanding suku sebelumnya.

 

"Menilai ke hadapan, Deleum berpendapat bahawa tinjauan jangka pendek untuk pengeluaran industri minyak dan gas Malaysia akan dikurangkan oleh kesan harga minyak global yang rendah, pengurangan peruntukan modal huluan dan pengurangan permintaan.

 

"Susulan itu, Deleum akan memberi tumpuan untuk mengoptimumkan tahap kecekapan, penggunaan modal kerja dan simpanan tunai. Ini akan dijayakan dengan usaha untuk membina daya tahan, kelestarian dan penyatuan perniagaan dalam kumpulan," ujar Deleum. -  DagangNews.com