Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Produktiviti buruh Malaysia bertambah baik dengan penurunan yang lebih kecil, 2.2% pada suku ketiga 2020 (3Q20) berbanding -16.0% pada 2Q20.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melaporkan prestasi produktiviti buruh Malaysia mengikut aktiviti ekonomi, yang diukur sebagai nilai ditambah per pekerja dan nilai ditambah per jam bekerja.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, produktiviti buruh Malaysia pada 3Q20 rnencatatkan penurunan perlahan 2.2% dengan merekodkan nilai produktiviti RM23,248 per pekerja.
“Pada suku ini, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) menyusut pada kadar yang lebih perIahan iaitu 2.7% daripada penguncupan dua digit 17.1% pada 2Q20.
“Berikutan pembukaan semula lebih banyak perniagaan pada suku ini, pekerja turun marginal 0.4% kepada 15.1 juta orang,” kata Mohd. Uzir dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai produktiviti buruh mengikut nilai ditambah per jam bekerja, beliau berkata, waktu operasi perniagaan yang lebih panjang pada 3Q20 telah menyebabkan jumlah jam bekerja menurun pada kadar yang lebih perlahan iaitu 2.7% rnerekodkan 8.5 bilion jam berbanding -28.2% (6.2 bilion jam bekerja) pada suku sebelumnya.
Justeru, produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja meningkat secara rnarginal 0.1% dengan nilai RM41 per jam selepas mencatatkan peningkatan 15.5 % (RM46 per jam) pada 2Q20.
Mengikut sektor ekonomi, produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per pekerja dalam sektor pembuatan pulih pada 3.6% daripada -17.3% pada 2Q20.
Sektor pertanian merupakan satu-satunya sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif produktiviti buruh pada 2Q20 (1.6%), tumbuh dengan sederhana kepada 0.3% pada 3Q20.
Sementara itu, produktiviti buruh bagi lain-lain sektor terus merekodkan penurunan dengan sektor pembinaan rnencatatkan penurunan tertinggi sebanyak 10.2%, diikuti oleh perlombongan pengkuarian (-4.6%) dan perkhidmatan (-3.9%).
Dari segi produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja, sektor pembuatan dan pertanian kekal rnencatatkan pertumbuhan positif seperti suku sebelumnya, walaupun pada kadar yang lebih perlahan rnasing-rnasing sebanyak 6.9% dan 0.6%.
Produktiviti sektor pembinaan terus menyusut bagi tempoh tiga suku berturut-turut dengan merekodkan kejatuhan tertinggi 9.0%.
Sementara itu, produktiviti buruh perlombongan pengkuarian jatuh 4.5% rnanakala perkhidmatan menurun 1.4%.
"Ketika negara masih berusaha mengekang pandemik COVID-19, perniagaan berhadapan dengan cabaran untuk mengimbangi antara kelangsungan operasi perniagaan dengan permintaan yang perlahan. Dalam usaha perniagaan menyesuaikan strategi operasi mereka, pekerja juga perlu mengadaptasi norma baharu.
“Semua ini memberi irnpak terhadap produktiviti buruh. Dalam hal ini, pelbagai pakej rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini berupaya mengurangkan kesulitan yang dihadapi semua pihak termasuk perniagaan dan pekerja, dan seterusnya menjarnin kelangsungan,” katanya. – DagangNews.com