4 faktor pacu prestasi lebih positif Ranhill | DagangNews Skip to main content

4 faktor pacu prestasi lebih positif Ranhill

Ranhill Utilities Berhad (Ranhill).

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 5 Okt. - MIDF Research menggariskan empat faktor yang menjadi pemangkin kepada prestasi lebih positif syarikat penyedia perkhidmatan utiliti dan air, Ranhill Utilities Berhad (Ranhill).

MIDF Research berkata, empat faktor pertama yang menjadi pemangkin itu adalah;

  • Peluasan operasi air.
  • Potensi peluasan konsesi RP1.
  • Peningkatan jadual untuk operasi air Johor
  • Integrasi pembentungan air Johor

 

Saranan 'beli' saham syarikat berkenaan turut dikekalkan oleh MIDF Research.

Susulan itu, pihaknya juga tidak mengubah harga sasaran sesaham (TP) sebanyak RM1.25.

Dalam pada itu, masuk kira semula RM7 juta daripada Datuk Mohd. Fakrunizam yang mewakili sebahagian pembayaran pemerolehan saham SM Hydro Energy Sdn. Bhd. (SM Hydro) pada 2017 dilihat memberi kelebihan kepada Ranhill.

Berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat bersama pihak pengurusan Ranhill pada Jumaat lalu, MIDF Research memberitahu, masuk kira semula berkenaan berkemungkinan besar berlaku pada suku keempat 2020.

"Lebih penting lagi, potensi masuk kira semula itu menyumbang sebanyak 11% daripada jumlah keuntungan bersih Ranhill pada tahun kewangan 2020 iaitu sebanyak RM64 juta," jelas MIDF Research.

SM Hydri adalah sebahagian daripada konsortium usaha sama (70:30) antara Sabah Development Energy Bhd. dan SM Hydro. - DagangNews.com