4 syarikat sertai kempen 'Where You Shop Matters' VISA | DagangNews Skip to main content

4 syarikat sertai kempen 'Where You Shop Matters' VISA

Kempen 'Where You Shop Matters' VISA

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 24 Mac. - Peneraju pembayaran digital, Visa mengumumkan penyertaan empat syarikat iaitu AVANA, Atome, hoolah dan Split  dalam kempen 'Where You Shop Matters'.

 

Visa berkata, syarikat-syarikat tersebut akan berganding bahu bersama pihaknya bagi menyokong perniagaan kecil dan mikro (SMBs) untuk meningkatkan kehadiran dalam talian selain membolehkan rakyat Malaysia menyokong jenama tempatan dengan menyediakan pilihan pembayaran yang lebih fleksibel.

 

Pengurus Negara bagi Malaysia Visa, Ng Kong Boon berkata, pihaknya gembira melihat perniagaan tempatan menerima sokongan pengguna dan perniagaan seumpanya dalam tempoh mendesak kini.

 

"Kami mengalu-alukan AVANA sebagai syarikat dagangan sosial, bersama Atome, hoolah dan Split sebagai syarikat BNPL, menerusi program Where You Shop Matters bagi membantu SMBs memenuhi keperluan semasa pengguna dan trend beli-belah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sistem pembayaran digital hari ini telah disepadukan ke dalam pelbagai platform media sosial yang membolehkan jenama meraih manfaat daripada model Terus ke Pengguna (Direct-to-Consumer).

 

Dengan cara tersebut, pengguna boleh mendapatkan cadangan produk yang disepadu lancar ke dalam paparan sosial (social feed) dan membuat pembelian terus dengan pedagang. 

 

Bagi pasaran yang lebih cenderung berurusan di dalam media sosial, lebih daripada separuh penduduk Malaysia berminat untuk mengguna pakai perdagangan sosial.

 

Mengulas berkaitan penyertaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif AVANA, Luqman Adris berkata, pihaknya teruja untuk menjalinkan kerjasama dengan Visa bagi memperkasa lebih ramai pedagang menerusi penyelesaian semua dalam satu bagi keperluan perniagaan dalam talian.

 

Katanya, AVANA menyasarkan untuk memperkasa SMBs dengan mendigitalisasi perniagaan mereka dan mengambil peluang daripada kuasa media sosial menerusi platform perdagangan sosial disepadukan milik AVANA.

 

"Sebagai tambahan kepada penyediaan kedai e-dagangan profesional berjenama, AVANA melakukan agregat dan memasukan katalog ke dalam pelbagai media sosial dan saluran sembang merangkumi Facebook, Instagram, Whatsapp, Messenger, LINE, Telegram dan lain-lain. 

 

"Perniagaan akan boleh dengan mudah memantau, mengawal dan mengurus semua saluran pemasaran ini menerusi papan pemuka berpusat. Papan pemuka itu secara automatik penuh menguruskan inventori, pemasaran dan memenuhi pengurusan mereka.

 

"AVANA akan menawarkan perkhidmatan Alliance Partner’s kepada pemegang kad Visa pada kadar khas 10% pemulangan tunai di dalam bentuk kredit pengiriman barang menerusi pelan Perniagaan Tahunan dan Agen Tahunan AVANA," jelas beliau. - DagangNews.com