Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 12 Jan - Pusat Beli belah IPC meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina dengan memberikan ganjaran lima hadiah istimewa kepada pengunjung bertuah setiap minggu bersempena dengan kehadiran tahun Harimau.
Bermula hari ini hingga 13 Februari 2022, pengunjung yang hadir berpeluang menikmati pelbagai promosi istimewa ketika berkunjung ke pusat beli belah berkenaan.
Menerusi tawaran itu, pelanggan yang bervelanja sekurang-kurangnya RM188 dalam dua resit akan menerima 'azimat' impian berwarna merah untuk digantung pada 'Pokok Istimewa' di Tiger Garden dan lima pemenang bertuah akan dipilih secara rawak untuk menerima e-baucar dan ganjaran lain.
Pengunjung yang berbelanja RM200 dalam dua resit layak menerima E-Baucar Woohoo bernilai RM10, manakala mereka yang berbelanja sebanyak RM688 dalam tiga resit akan menerima set Fortune Bowl.
Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC, Mark Tan berkata, pihaknya mahu berkongsi aura positif bersama masyarakat Malaysia yang telah melalui pelbagai kesukaran akibat penularan COVID-19.
Katanya, pihaknya ingin memberikan inspirasi kepada masyarakat yang rata-rata teruja untuk memulakan kehidupan baharu pada tahun 2022.
"Kami berharap pada musim perayaan ini, IPC akan terus menjadi destinasi pilihan orang ramai untuk berkumpul dengan saudara mara, rakan dan insan tersayang bagi meraikan kemakmuran dan menerima ganjaran kebaikan tahun baharu," katanya.
Sebagai usaha pendigitalan jenama, pengunjung digalakkan untuk mengunjungi Tiger Garden dan mengimbas kod QR untuk mentehaui mengenai promosi yang disediakan selain bakal dihiburkan dengan persembahan tarian singa, penampilan “God of Prosperity”, persembahan budaya, bengkel kraf untuk kanak-kanak, kaligrafi dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘Woohoo Chinese New Year’ di Pusat Beli-belah IPC, layari www.ipc.com.my/woohoo2022 dan ikuti Facebook dan Instagram untuk promosi terkini. - DagangNews.com