600 peluang pekerjaan untuk OKU esok | DagangNews Skip to main content

600 peluang pekerjaan untuk OKU esok

OKU

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Mac. - Program 'Mini Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber Manusia (KSM) Untuk OKU 2021' menawarkan lebih 600 jawatan kosong khusus untuk golongan berkenaan esok.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, program tersebut bertujuan untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mendapatkan pekerjaan.

 

"Lebih 600 jawatan kosong menanti pencari kerja daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Mini Karnival PenjanaKerjaya Kementerian Sumber Manusia Untuk OKU.

 

"Daftar segera di http://bit.ly/temudugakerjayaOKU dan hadir ke karnival pekerjaan ini dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang di Wisma Perkeso Kuala Lumpur, esok," jelas Perkeso dalam satu hantaran di halaman Facebooknya hari ini.

 

.

 

Dalam program berkenaan, sebanyak lapan majikan mengambil bahagian menawarkan peluang pekerjaan.

 

Senarai majikan tersebut adalah seperti berikut;

  1. GERBANG ALAF RESTAURANTS SDN BHD (MCDONALD’S MALAYSIA)
  2. ALLIANCE MEP SDN BHD
  3. NEUTRAL REFLEXOLOGY SDN BHD
  4. GENESIS SUPPLIES SDN BHD
  5. BPLAZ (M) SDN BHD
  6. HAPPY STAN SDN BHD
  7. LYF ELECTRONICS TRADING
  8. TM ONE

 

Program berkenaan dianjurkan oleh Perkeso negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - DagangNews.com