73% bekerja di organisasi disebabkan budaya kepelbagaian teguh - kajian ACCA | DagangNews Skip to main content

73% bekerja di organisasi disebabkan budaya kepelbagaian teguh - kajian ACCA

Gambar hiasan
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Mac - Tinjauan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) 2024 mendedahkan 73% menyatakan budaya kepelbagaian dan keterangkuman yang teguh adalah faktor utama dalam membuat keputusan untuk bekerja di sesuatu organisasi. 

 

ACCA berkata, masalah ketandusan bakat berterusan dengan lebih separuh menjangkakan langkah seterusnya kerjaya mereka melibatkan peralihan ke majikan baharu.

 

Katanya, peringatan untuk majikan itu timbul dalam tinjauan bakat global terbesar di seluruh profesion perakaunan. 

 

"Kaji Selidik Trend Bakat Global tahunan terbaharu ACCA memberikan pandangan unik dan penting tentang perasaan pekerja tentang kehidupan mereka di tempat kerja.

 

"Hampir 10,000 akauntan professional dari 157 negara termasuk Malaysia ditanya mengenai kebimbangan yang mereka mengenai kerja masa depan dan aspirasi untuk kerjaya mereka. 

 

"Tinjauan itu juga menilai isu tempat kerja utama seperti kerja hibrid, kepelbagaian, mobiliti dan kesihatan mental serta krisis kos sara hidup," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Menurut laporan itu, kerja hibrid perlahan-lahan mendapat tarikan, tetapi ketidakpadanan besar kekal antara apa yang pekerja inginkan dan apa yang dimahu oleh majikan.

 

 

acca

 

 

Katanya, 76% daripada semua pekerja yang ditinjau mengatakan ia adalah pengaturan pilihan mereka tetapi di Malaysia, hanya 43% dalam pengaturan kerja hibrid manakala 54% berada di pejabat sepenuh masa.

 

Laporan itu menunjukkan peralihan yang ketara sedang dijalankan di rantau Asia Pasifik, dengan tumpuan yang kukuh untuk menyepadukan kecerdasan buatan (AI) dalam peranan kewangan, menonjolkan keperluan untuk profesional menyesuaikan diri dan menerima kemahiran baharu.

 

Pengarah Asia Pasifik ACCA, Pulkit Abrol berkata, pihaknya sedang menyaksikan fasa transformatif yang mana AI dan teknologi digital bukan sahaja alat tetapi elemen penting yang mentakrifkan semula nilai yang dibawa oleh profesional kewangan.

 

"Ia adalah seruan untuk bertindak yang menarik untuk organisasi, individu dan bakat profesional masa depan untuk memanfaatkan teknologi ini, meningkatkan keupayaan analisis dan pandangan strategik," katanya.

 

Laporan itu turut mendedahkan pandangan kritikal tentang dinamik bakat dalam pasaran APAC, dengan menyatakan bahawa 58% profesional mahu kenaikan gaji pada 2024, mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat di tengah-tengah tekanan ekonomi global. - DagangNews.com