8,868 kes baharu, Selangor masih 'kilang' COVID-19 | DagangNews Skip to main content

8,868 kes baharu, Selangor masih 'kilang' COVID-19

COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Julai - Jumlah penularan wabak COVID-19 di Malaysia kembali melambung kepada 8,868 kes hari ini.

 

Jumlah berkenaan terus meningkat berbanding 7,097 yang dicatatkan semalam.

 

Jumlah yang dicatatkan hari ini juga menghampiri paras tertinggi yang dicatatkan pada 25 Mei lepas iaitu sebanyak 9,020.

 

.

 

Lebih memeritkan apabila Selangor mencatatkan hampir separuh daripada jumlah kes baharu iaitu sebanyak 4,152 hari ini.

 

Negeri berkenaan mencatatkan peningkatan 1,033 kes berbanding jumlah kes baharu sebanyak 3,119 semalam.

 

Selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,133 kes.

 

,

 

Sementara itu, Negeri Sembilan yang bakal dikuatkuasakan PKPD bermula esok di daerah Seremban mencatatkan kes jangkitan baharu sebanyak 897 kes.

 

Negeri-negeri lain bagaimanapun masih mencatatkan jumlah jangkitan di bawah paras 500 kes.

 

Hingga hari ini, Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak COVID-19 sebanyak 808,658. - DagangNews.com