9 ekor naga jadi tarikan di Lost World Of Tambun, Sunway Lagoon sempena Tahun Baharu Cina | DagangNews Skip to main content

9 ekor naga jadi tarikan di Lost World Of Tambun, Sunway Lagoon sempena Tahun Baharu Cina

Tanglung naga gergasi menyambut kedatangan pengunjung di LWOT.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 31 Jan - Bersempena dengan Tahun Baharu Cina, Sunway Theme Parks menampilkan keistimewaan kepada para pengunjung bagi memeriahkan perayaan tersebut.

 

Sesuai dengan ketibaan Tahun Naga, tema sambutan ‘Be Long With You’ menampilkan 9 naga di dua taman tema air iaitu di Lost World Of Tambun (LWOT) dan Sunway Lagoon.

 

Sunway Theme Parks dalam kenyataan memaklumkan, pengunjung berpeluang menyaksikan enam naga hebat di LWOT bermula 8 Januari sehingga 28 Februari.

 

“Enam naga hebat ini iaitu Lightning Dragon, Fossil Dragon, Air Dragon dan Water Dragon diletakkan di Luminous Forest yang bercahaya pada waktu malam.

 

Naga
Salah satu naga yang diletakkan di Luminous Forest.

 

Naga

 

“Terdapat juga tanglung berbentuk naga dengan saiz raksasa yang akan menghiasi jambatan utama, manakala Saphira Dragon pula akan memukau pengunjung di hot spring LWOT,” ujar kenyataan itu.

 

Taman tema Sunway Lagoon di Petaling Jaya pula menampilkan tiga naga termasuk naga setinggi 175 meter dihiasi lentera merah di SDG walk. 

 

Naga

 

Dua pasangan naga megah berwarna biru dan hijau juga diletakkan di Main Piazza.

 

Bagi memeriahkan lagi sambutan, tiga pertunjukan bertemakan Tahun Baharu Cina juga dihidangkan kepada pengunjung Sunway Lagoon iaitu The Return of Kung Fu Dragon, Joyful of New Year dan The Wind of the Bloom.  - DagangNews.com