9 lokasi R&R PLUS laksana Program Menu Rahmah mulai 23 Februari 2023 | DagangNews Skip to main content

9 lokasi R&R PLUS laksana Program Menu Rahmah mulai 23 Februari 2023

Gambar Facebook PLUS Malaysia
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Feb - Menu Rahmah kini tersedia di Hentian Rehat & Rawat (R&R) PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dengan harga serendah RM5 untuk pengguna lebuh raya, mulai hari ini.

 

PLUS menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, menu tersebut ditawarkan untuk set makan tengah hari bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

 

Manakala, set makan malam bermula pukul 7 hingga 9 malam atau selagi stok masih ada di lokasi dan gerai-gerai terpilih.

 

"Ini merupakan fasa pertama pelancaran Menu Rahmah di Lebuhraya PLUS bermula di 9 lokasi terpilih, antaranya R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan), R&R Rawang (Arah Utara), R&R Seremban (Arah Utara) dan Restoran Jejantas Sg Buloh (Arah Utara & Selatan).

 

"Selain itu, R&R Tapah (Arah Utara & Selatan), R&R Ulu Bernam (Arah Selatan), Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan), Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan) dan Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)," katanya.

 

Menurut PLUS, pihaknya akan menawarkan Menu Rahmah di lokasi-lokasi R&R lain pada masa terdekat.  

 

 

plus

 

 

plus

 

 

plus

 

 

plus

 

 

Pada 16 Februari lepas, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, Program Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5, akan dilaksanakan di R&R Lebuhraya PLUS, dalam masa terdekat.

 

Katanya, cadangan pelaksanaan program yang bakal memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya itu, telah dibincangkan oleh pihak PLUS bersama pengendali gerai makanan di R&R. - DagangNews.com