KUALA LUMPUR 15 Julai - Samsung Electronics dinobatkan sebagai jenama terbaik Asia 2020 sekali gus berjaya mengekalkan pencapaian tersebut selama sembilan tahun berturut-turut.
Samsung dalam satu kenyataan memberitahu, pencapaian itu dinilai berdasarkan tinjauan tahunan "Asia Top 1000 Brands' yang dijalankan oleh Campaign Asia-Pacific dengan kerjasama Nielsen.
"Kedudukan itu meliputi pandangan daripada 15 katogori produk utama termasuk automotif, runcit, F&B dan elektronik berdasarkan kepada pandangan pengguna terhadap jenama yang menjadi perhatian dunia.
"Samsung di tangga teratas dalam lima ketegori bagi tinjauan Top 1000 Brands termasuk produk terkemuka tempatan, jenama popular, TV serta teknologi pintar bagi kediaman," katanya.
Tinjauan tersebut dibuat berdasarkan sikap pengguna di 14 pasaran Asia seperti Australia, China, Hong Kong, India dan pelbagai negara lain bagi mendapatkan maklum balas yang tepat dengan menyasarkan peringkat usia, jantina dan pendapatan isi rumah.
Selain 15 kategori utama, tinjauan tersebut turut menyenaraikan 84 sub-kategori yang memperkenalkan sub-kategori perkhidmatan pesanan di bawah kategori media dan telekomunikasi.
Antara soalan yang disenaraikan dalam tinjauan tersebut adalah 'Apa jenama terbaik yang terlintas di fikiran anda?', 'Selain jenama terbaik yang anda maksudkan, apa jenama lain yang dianggap jenama kedua terbaik dalam kategori ini?', dan 'jenama apa yang memiliki rekod terbaik sepanjang masa?'.
Samsung sentiasa komited untuk memberi inspirasi kepada dunia dalam membentuk masa hadapan melalui transformasi idea dan teknologi.
Kesemua produknya merangkumi televisyen, telefon pintar, peranti elektronik, peralatan digital, sistem rangkaian dan pelbagai lagi. - DagangNews.com