ACCA Malaysia sambut 2,030 ahli baharu | DagangNews Skip to main content

ACCA Malaysia sambut 2,030 ahli baharu


 

 

KUALA LUMPUR 6 April - Sambutan tahunan ACCA Malaysia amat bermakna bagi tahun ini dengan mengalu-alukan 2,030 ahli baharu dan kejayaan mereka mendapatkan kelayakan ACCA setelah menempuh tempoh setahun yang mencabar. 

 

Bahkan, ahli-ahli baharu komuniti global ini disambut mesra oleh anggota kanan ACCA Malaysia termasuk Presiden ACCA, Mark Millar; Ketua ACCA Malaysia, Edward Ling; Ahli Majlis ACCA dan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia, Lim Fen Nee.

 

Acara berkenaan telah diadakan secara maya untuk memastikan keselamatan beribu peserta pada waktu pandemik, menandakan kemasukan mereka dalam rangkaian bidang profesional ini. 

 

 

Edward Ling
Edward Ling

 

 

Edward Ling berkata, walaupun ketika penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada para pelajar dan ahli, ACCA mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan semua ahli dengan menawarkan forum dalam talian, webinar dan program pembangunan, pameran kerjaya maya dan hab dalam talian.

 

"ACCA selalu berdedikasi memberi perkhidmatan kepada ahli-ahlinya secara bebas dengan sokongan rakan kongsi kami. 

 

"Semua usaha ini membuktikan komitmen kami kepada ahli dan profesional yang kami terus berusaha untuk memperbaiki diri agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakan sebaya, majikan dan masyarakat secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

ACCA terdiri daripada 60% ahli wanita dan satu komuniti antarabangsa yang menetap di 176 negara, yang masing-masing membawa pelbagai perspektif berharga walau di mana sahaja mereka berada. 

 

Dengan memandang ke hadapan dan dedikasi yang kuat terhadap ahli dan rakan kongsi, ACCA telah membina reputasi hebat untuk profesionalisme berkemahiran tinggi dalam kalangan majikan, kerajaan dan akademik. - DagangNews.com