SHAH ALAM 18 Mei – Acer Malaysia memperkenalkan model terbaharu dalam barisan komputer riba profesional dan perniagaan yang menawarkan lebih banyak fleksibiliti untuk kekal produktif di mana sahaja, pada bila-bila masa.
Ini termasuk Acer TravelMate Spin P4, sebuah komputer riba convertible dengan paparan boleh sentuh dan siri berkuasa ConceptD yang direka khas untuk pereka.
TravelMate Spin P4
Gred komersial Acer TravelMate Spin P4 kini didatangkan dengan sepasang pemutar 360 darjah yang membolehkan pengguna secara fleksibel memutarkan skrin kepada empat kaedah penggunaan: kaedah clamshell bagi input papan kekunci tradisional, tablet, paparan dan tent untuk pembentangan atau apabila dalam ruang terhad. Sementara itu, papan kekunci lampu membolehkan pengguna kekal produktif walaupun dalam persekitaran yang kelam.
Direka khusus untuk profesional dan perniagaan, Acer TravelMate Spin P4 dibina mematuhi piawaian MIL-STD-810G supaya dapat memenuhi penggunaan tinggi dan gegaran bila terjatuh dengan tidak sengaja. Komputer riba perniagaan ini memaparkan tahap perlindungan pemacu keras Trusted Platform Module (TPM) 2.0 bagi pengesahan terjamin untuk mengawal selia data syarikat terutama semasa bekerja jauh dari pejabat.
Di dalam chasis lasak 17.9mm, Acer TravelMate Spin P4 mengandungi pemproses 11th Gen Intel® Core™ i7 dan grafik and Intel® Iris® Xe bagi membolehkan profesional mengekalkan tahap produktiviti dari mana jua dengan hayat bateri sehingga 13.5 jam. Selain itu, Acer TravelMate Spin P4 didatangkan dengan satu USB Type-C port yang menyokong pemindahan data sehingga 10Gbps, DisplayPort, dan DC-in untuk mengecas komputer riba.
Boleh didapati di semua kedai rasmi dalam talian Acer dan penjual bertauliah Acer terpilih di seluruh negara, komputer riba lasak Acer TravelMate Spin P4 didatangkan dengan dua varian: 11th Gen Intel® Core™ i7 dan Intel® Core™ i5, masing-masingnya berharga RM5,399 dan RM4,699.
Lebih banyak Fleksibiliti dengan ConceptD
Dicipta khusus untuk pereka, siri ConceptD sentiasa mengutamakan keperluan para pereka. Baru-baru ini Acer menambah pemutar Ezel inovatif pada model ConceptD bagi memperkasa pengguna dengan fleksibiliti untuk menukar kepada enam kaedah penggunan seperti mod tegak untuk melukis kandungan atau mod paparan bagi pembentangan. Kaedah penggunaan lain adalah seperti mod terapung boleh diubah, mod komputer riba tradisional, mod pad dan mod perkongsian. Dengan paparan sentuh yang menyokong Active Stylus Acer dengan sebanyak 4,096 tahap sensitiviti tekanan, para pereka kini boleh menggunakan mod terapung untuk mencari sudut lukisan paling ideal pada ConceptD.
Memenuhi seterusnya keperluan pereka, siri ConceptD dilengkapi dengan segala prestasi yang mereka perlukan di dalam chasis seramik yang teguh dan elegan. Berprestasi tinggi bagi ConceptD tidak bermakna mesin yang panas dengan kipas bising. Dwi Kipas berkecekapan tinggi dan teknologi penyejukan udara terbaharu Acer saling bekerja bagi menghasilkan aerodinamik unik ‘Vortex Flow’ yang memastikan semua komponen kekal dingin dan paras bising diturunkan di bawah 40dBA walaupun dengan penggunaan yang berat.
Siri ConceptD 7
Tanpa kompromi ke atas prestasi, ConceptD 7 Ezel Pro menambah lagi fleksibiliti dengan menawarkan cara baharu kepada pereka untuk melaksanakan tugas. ConceptD 7 Ezel Pro menggabungkan sehingga pemproses Intel® Xeon® dan sehingga NVIDIA® Quadro RTX™ 5000 bagi membolehkan mereka membuat model, membuat animasi dan membuat rendering secara pantas dan lancar tanpa mengira di mana mereka berada.
Dilengkapi dengan paparan 15.6-inci 4K UHD IPS beserta Delta E<2 yang menyokong sehingga 100% Adobe RGB, ConceptD 7 Ezel Pro membolehkan para pereka untuk mencipta, menyunting dan berkongsi kerja mereka dengan orang lain dalam ketepatan warna. Selain itu, pelbagai tugas menjadi mudah oleh kerana adanya sehingga 32GB RAM dan sehingga 2TB PCIe NVMe SSD dipasang pada ConceptD 7 Ezel Pro.
Didatangi dengan waranti 3 tahun atas talian, ConceptD 7 Pro berharga RM13,099 manakala ConceptD 7 Pro Ezel dilengkapi dengan pemproses Intel® Core i7 dan Intel® Xeon pada harga RM17,099 dan RM26,099. Para pereka boleh menempah menerusi Aceer Estore atau emel ke [email protected].
Siri ConceptD 3
Disasarkan khusus untuk pelajar reka bentuk dan pereka kandungan, pilihan penuh komputer riba siri ConceptD 3 berprestasi tinggi yang membolehkan kerja dan kreativiti dari mana sahaja, kini sudah ada di Malaysia. Dengan paparan 15.6-inci FHD PANTONE-Validated yang meliputi 100% gamut warna sRGB dengan ketepatan warna delta E<2 color accuracy, komputer riba siri ConceptD 3 mengutamakan ketepatan paparan dan grafik berkuasa bagi mengendalikan tugas CAD bersaiz sederhana sehingga rumit dengan kepantasan dan ketepatan.
Komputer riba siri ConceptD 3 adalah sudah cukup berkuasa bagi mengendalikan bukan sahaja lukisan atau lakaran tetapi juga animasi dan model 3D. Dikuasa oleh 10th Gen Intel® Core™ i7-10750H beserta 16GB DDR4 RAM dan 512GB PICe SSD, komputer riba ConceptD 3 Ezel Pro dan ConceptD 3 Pro dilengkapi dengan NVIDIA® Quadro® T1000 NVIDIA, sementara ConceptD 3 didatangkan dengan NVIDIA GeForce GTX 1650Ti.
Boleh didapati dengan waranti 3 tahun atas talian, model ConceptD 3 Ezel Pro beserta Acer Active Pen berharga RM9,999, manakala ConceptD 3 Pro berharga RM8,299 dan ConceptD 3 berharga RM7,299. Kesemuanya terdapat di pasaran di penjual sah Acer terpilih di seluruh negara. - DagangNews.com