Aeon lantik Naoya Okada sebagai MD baharu berkuat kuasa 1 Mac 2024 | DagangNews Skip to main content

Aeon lantik Naoya Okada sebagai MD baharu berkuat kuasa 1 Mac 2024

Naoya Okada
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Feb - Aeon Co (M) Bhd mengumumkan pelantikan Naoya Okada sebagai pengarah urusannya (MD), berkuat kuasa 1 Mac 2024.

 

Pengerusi Aeon, Datuk Iskandar Sarudin berkata, lembaga pengarah mengiktiraf dan mengalu-alukan Naoya yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Aeon sejak beliau dilantik sebagai timbalan pengarah pengurusan dan juga ketua pegawai operasi pada 2022.

 

Beliau berkata, Naoya memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi Aeon. 

 

"Beliau yang berwawasan dan mempunyai pengetahuan strategik pasaran telah mencipta Aeon yang lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Menurut kenyataan itu, Naoya akan menggantikan Keiji Ono, seorang eksekutif dengan 27 tahun pengalaman berkhidmat dalam pelbagai peranan kumpulan Aeon di peringkat global. 

 

Katanya, Ono berkhidmat sebagai pengarah urusan Aeon sejak Jun 2022 dan sebelum itu beliau adalah Presiden dan Wakil Pengarah Aeon Kemboja dan menyertai Aeon Co dengan peranan sama di Aeon Ryukyu Co Ltd di Jepun. 

 

"Di Malaysia, Ono menambah baik asas struktur pengurusan secara strategik.

 

"Aeon akan terus meremajakan pengurusan untuk meneruskan arah ke peringkat strategi pertumbuhan. Beliau akan kembali ke Aeon Jepun untuk menghadapi tugasan baharu," katanya. - DagangNews.com