Dari kiri Zeti Zanariah Masiran; Lew Hui Ching, pemenang hadiah kedua; Meszakini Meserom; YB Mazlan Bujang; Haziq Abd Ghaffar, pemenang hadiah utama dan Miswan Yunus di AEON Mall, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru pada 1 Mei lalu.
JOHOR BAHRU 4 Mei – Dua pemenang bertuah membawa pulang hadiah utama peraduan Spend & Win berbentuk sebuah kereta Perodua Axia dan motosikal Modenas anjuran AEON Co. (M) Bhd.
Menurut Pengurus Kanan AEON Wilayah Selatan, Meszakini Maserom, peraduan Spend & Win ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada AEON.
Ujar beliau lagi, penyertaan adalah terbuka kepada para pelanggan AEON yang membeli-belah di semua cawangan AEON Retail, AEON Mall, AEON BiG dan penyewa-penyewa ruang niaga AEON.
Pelanggan layak menyertai program ini dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit. Ia juga boleh disertai melalui pembelian atas talian dengan jumlah pembelian RM150 ke atas dalam satu resit.
"Program Spend & Win menawarkan pelbagai hadiah seperti kereta, motosikal, barang kemas, barangan elektronik dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM500,000”, tambah Meszakini.
Majlis penyerahan hadiah program Spend & Win @Johor yang diadakan di AEON Mall, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru pada 1 Mei lalu merupakan sesi yang pertama. Dua hadiah utama dimenangi oleh Haziq Abd Ghaffar dan Lew Hui Ching yang masing-masing membawa pulang Perodua Axia 1.0 AV dan motosikal Modenas CT1155.
Sementara itu, seramai enam orang pemenang saguhati turut membawa pulang hadiah berupa barangan kemas Tomei, Gintell dan telefon mudah alih jenama Oppo A93.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Mazlan Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Johor Darul Ta’zim dan Zeti Zanariah Masiran, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Zon Setia Austin dan Mount Austin. Turut hadir di majlis tersebut ialah Miswan Yunus, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru.
AEON akan mengumumkan lima lagi pemenang hadiah utama di lima lokasi yang berlainan di mana peserta yang menyertai program Spend & Win masih berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kenderaan, sebuah motosikal dan hadiah-hadiah menarik yang lain.
Program Spend & Win yang bermula pada 23 Disember 2020 ini akan berakhir pada 19 September 2021. - DagangNews.com