Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel and Services Sdn. Bhd. (THTS).
Pelantikannya berkuatkuasa 4 Januari 2021 selaras dengan usaha TH dalam memantapkan kepimpinan organisasi berkenaan.
TH dalam sebuah kenyataan berkata, kerjaya Ahmad Ruzman bermula di THTS pada tahun 1988 sebagai Pengurus Penerbangan sehingga menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan (Operasi).
“Pada tahun 2004, beliau telah dipinjamkan ke TH dan seterusnya diserap sebagai kakitangan tetap sehingga menyandang jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar (Operasi Domestik) TH,” kata kenyataan itu.
Ahmad Ruzman merupakan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang Pengurusan Operasi dari Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat serta berpengalaman lebih 30 tahun dalam Kumpulan TH. - DagangNews.com