AIM jadi pencetus kejayaan projek ternakan lembu Faridah | DagangNews Skip to main content

AIM jadi pencetus kejayaan projek ternakan lembu Faridah

Faridah Ibrahim telah berkecimpung selama 33 tahun dalam projek ternakan lembu di ladang kelapa sawit di Jerantut, Pahang.

JERANTUT 28 Okt - Bantuan pinjaman yang disediakan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada Faridah Ibrahim, 52, menjadi pencetus kepada kejayaan projek ternakan lembu yang diusahakan selama ini.

 

Faridah berkata, minat yang begitu mendalam terhadap ternakan lembu mendorongnya untuk menceburi projek ternakan haiwan itu di dalam ladang kelapa sawit dan kurungan secara komersial.

 

Katanya, selepas 33 tahun menjadi penternak lembu, kesungguhan dan bantuan ahli keluarga ternyata memberi hasil yang menguntungkan.

 

"Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada AIM yang memberi pinjaman secara berperingkat bermula RM3,000 pada 2002 hingga kini berjumlah RM600,000.

 

"Tanpa sokongan AIM tidak mungkin saya dapat berjaya mengusahakan projek ternakan lembu seperti yang dikecapi hari ini," katanya yang juga kini Ketua Pusat Umi Salmah Blok Tahan Cawangan Jerantut.

 

 

AIM

 

 

AIM
Faridah Ibrahim turut dibantu suaminya, Matnu Hasan untuk mengusahakan projek ternakan lembu

 

 

AIM

 

 

Menurut Faridah, menternak lembu baka Kedah-Kelantan tidak terlalu membebankan berbanding ternakan ruminan lain seperti kambing dan kerbau yang sentiasa memerlukan pengawasan secara berterusan siang dan malam selain ancaman penyakit.


   
Katanya, dia mula menternak lembu sebanyak 15 ekor yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan ladang kelapa sawit.

 

 

AIM

 

 

AIM

 

 

 "Saya kini mempunyai lebih 250 ekor lembu baka Kedah-Kelantan yang diternak secara bebas dalam ladang kelapa sawit dan menggunakan sistem kurung sementara sebelum dijual.

 

"Projek ternakan lembu yang saya usahakan selama ini banyak mendapat bantuan suami, Matnu Hasan, 59, dan anak-anak," katanya yang menetap di Kampung Tanjung Betong, di sini.

 

 

AIM

 

 

AIM

 

 

Menurut ibu kepada 10 cahaya mata itu, mengusahakan projek ternakan lembu secara komersial sememangnya mempunyai cabaran dan dugaan, antaranya serangan wabak penyakit dan risiko ternakan dicuri.


  
Faridah yang turut memiliki ladang kelapa sawit seluas lebih 26 hektar berkata, permintaan lembu sentiasa ada sepanjang tahun dan jumlahnya bertambah pada musim perayaan dan cuti sekolah.

 

 

AIM

 

 

Katanya, dia menjual lembu dengan harga antara RM2,000 hingga RM2,500 seekor bergantung pada saiz dan harga lebih rendah bagi anak lembu. - DagangNews.com