airasia beauty kini tawar khidmat penghantaran ke seluruh Semenanjung | DagangNews Skip to main content

airasia beauty kini tawar khidmat penghantaran ke seluruh Semenanjung

KUALA LUMPUR 28 Jun - Peminat produk kecantikan boleh mendapatkan pelbagai produk terkemuka dari airasia beauty, platform jualan produk kecantikan di airasia super app yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ke hampir seluruh Semenanjung Malaysia bermula hari ini yang dikendalikan oleh Teleport.   

 

Perniagaan airasia beauty dilancarkan serentak di Malaysia dan Indonesia pada bulan April tahun ini menawarkan produk kecantikan terbaik yang merangkumi produk penjagaan kulit, solekan dan wangian untuk para pelanggan di airasia super app. Perkhidmatan penghantaran yang mulanya terhad di kawasan Lembah Klang, kini diperluaskan ke sebahagian besar Semenanjung Malaysia. 

 

Ketua e-dagang airasia super app, Lim Ben-Jie berkata, pengembangan perkhidmatan penghantaran ke hampir seluruh Semenanjung Malaysia oleh airasia beauty adalah bertujuan memenuhi permintaan para pelanggan.

 

Menurutnya, jualan Penghabisan Stok 6.6 airasia beauty baru baru ini amat menggalakkan dengan pelbagai produk yang ditawarkan habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja.

 

"Antara soalan yang paling banyak diterima semasa jualan tersebut adalah mengenai perkhidmatan penghantaran ke negeri-negeri lain.

 

Justeru, kami berusaha untuk menambah baik perkhidmatan untuk memenuhi penghantaran kepada pelanggan di negeri-negeri lain. Kami berharap untuk memperluaskan perkhidmatan penghantaran yang merangkumi  seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tidak lama lagi,” kata beliau dalam kenyataan di sini.

  

Bersempena dengan pengembangan perkhidmatan, airasia beauty menawarkan jualan ‘June PAYDAY Sale’ dengan diskaun sehingga 90% dan promosi jualan harian istimewa untuk produk terpilih dimana pembeli boleh menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had untuk pembelian RM50 ke atas dari sekarang hingga 4 Julai.

 

Antara promosi yang ditawarkan oleh airasia beauty termasuk produk kecantikan kuku bebas-kekejaman oleh Dashing Diva X Jennie GLAZE Collection, di mana para pelanggan akan menerima lampu LED Dashing Diva secara percuma dengan setiap pembelian dua produk daripada koleksi tersebut dan diskaun sehingga 70% untuk produk Dashing Diva yang lain sehingga 2 Julai 2021.  - DagangNews.com