airasia holidays tawar promosi percutian selam skuba serendah RM639 di Semporna | DagangNews Skip to main content

airasia holidays tawar promosi percutian selam skuba serendah RM639 di Semporna

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Sept - airasia Super App memperkenalkan platform percutian sehenti, airasia holidays yang kini menawarkan promosi percutian selam skuba selama 3 hari 2 malam di Semporna, Sabah serendah RM639.

 

Promosi itu juga termasuk penerbangan, penginapan, dua sesi selam dan satu sesi snorkeling dalam satu hari dan juga makanan.

 

Tempahan boleh dibuat sekarang sehingga 18 September 2022 dengan menekan ikon ‘Holidays’ di airasia Super App. 

 

Aplikasi baharu itu juga membolehkan pengguna menyesuaikan keseluruhan jadual percutian mereka dan menambah tempahan penerbangan serta hotel di seluruh ASEAN dalam satu tempahan pada satu harga.

 

Sebagai permulaan, airasia holidays kini tersedia untuk pengguna di Malaysia dan juga di Filipina sebelum dilancarkan di pasaran lain pada masa terdekat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo berkata, airasia holidays menawarkan pengguna aplikasi pengalaman tempahan  yang lebih mantap, holistik dan mudah dengan keupayaan mereka sebagai syarikat penerbangan dan juga dalam pengurusan inventori hotel. 

 

"Dengan lebih 50 juta pengguna aktif dalam pangkalan data kami, kami mempunyai keupayaan unik untuk menawarkan cadangan aktiviti percutian, penerbangan dan hotel yang sesuai dan diperibadikan untuk setiap pengembara melalui satu platform yang sama dan mudah.

 

 

airasia

 

 

“Kami akan terus menambahbaik airasia holidays untuk lebih mempermudahkan pengalaman menempah kepada pengguna kami dan kami juga merancang untuk menambah ciri-ciri baharu seperti penyewaan kereta dan membenarkan pengguna untuk pra-tempah pertukaran lapangan terbang dengan airasia ride sebahagian daripada tempahan mereka. 

 

"Selain daripada menawarkan pakej dengan penerbangan AirAsia, kami juga sedang berusaha untuk membolehkan pelanggan airasia holidays untuk memilih penerbangan daripada syarikat penerbangan lain juga, sekali gus membolehkan pengguna untuk memilih lebih banyak destinasi percutian yang mereka ingin terokai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

airasia

 

 

Pengguna boleh menempah percutian mereka dengan empat langkah mudah yang berikut:

 

  • Klik ikon ‘Holidays’ di airasia Super App

 

  • Pilih aktiviti anda

 

  • Suai padan pelan percutian anda dengan menambah penerbangan dan hotel

 

  • Sahkan tempahan anda

 

  • Nikmati tempahan anda dengan mendaftar masuk penerbangan anda di Super App dan mengemukakan e-mel pengesahan kepada hotel dan penyedia aktiviti 

 

Para ahli boleh memperoleh airasia poin untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App, dari penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran makanan.

 

Gunakan ia seperti wang tunai untuk menebus penerbangan percuma, penginapan hotel dan tawaran gaya hidup bersama rakan kongsi eksklusif mereka. - DagangNews.com