KUALA LUMPUR 27 Jun - AirAsia hari ini mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai, Thailand.
Laluan baharu ini akan mula beroperasi pada 2 November 2024 dengan tiga penerbangan mingguan.
Sempena pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk PERCUMA* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai, yang kini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini sehingga 30 Jun 2024 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2024 dan 27 Februari 2025.
Chiang Rai adalah destinasi yang kaya dengan tarikan budaya dan alam semula jadi. Antara tarikan utama termasuk Kuil Putih dan Kuil Biru yang terkenal dengan reka bentuknya yang menakjubkan.
Para pengembara juga boleh meneroka ladang teh yang indah di Choui Fong dan Air Terjun Khun Korn serta banyak lagi tarikan lain.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Chiang Rai (CEI):
AirAsia juga menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus** untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan ke lebih daripada 130 destinasi menarik seperti Perth, Sydney, Almaty, Beijing, Tokyo, Seoul, Amritsar dan destinasi menarik yang lain sempena meraikan kemenangannya di Skytrax sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia pada Isnin.
Tambang promosi ini bermula dari hari ini sehingga 30 Jun 2024 untuk tempoh perjalanan antara 8 Julai 2024 dan 20 Mac 2025. - DagangNews.com