AirAsia tambah 1 juta tempat duduk promosi berikutan peningkatan permintaan | DagangNews Skip to main content

AirAsia tambah 1 juta tempat duduk promosi berikutan peningkatan permintaan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Feb - AirAsia menambah satu juta tempat duduk promosi berikutan peningkatan permintaan daripada pengembara di seluruh rantau ini, yang mana hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk kempen tempat duduk percuma.

 

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, dilancarkan pada awal minggu ini, kempen itu menarik minat para pengembara untuk melancong ke destinasi domestik menarik di Malaysia.

 

Katanya, destinasi itu, termasuk Pulau Pinang, Johor Bahru, Miri daripada RM28 termasuk semua sehala ke atau melawati destinasi eksotik di ASEAN seperti Krabi, Bali, Medan daripada RM83 termasuk semua sehala.

 

"Bagi pengembara yang ingin terbang lebih jauh, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua bermula RM299 sehala ke pelbagai destinasi di seluruh Asia dan lain-lain seperti Almaty, Hangzhou, Delhi, Sydney dan banyak lagi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, sejak pelancaran kempen tempat duduk percuma yang pertama pada tahun ini, pihaknya menyaksikan sambutan luar biasa dalam masa 72 jam pertama jualan dengan tempahan ke destinasi popular termasuk Pulau Pinang, Krabi, Bandar Ho Chi Minh, Da Nang dan banyak lagi. 

 

Beliau berkata, ia adalah bukti permintaan kukuh untuk sektor pelancongan merentasi ASEAN dan kami berbangga untuk menerbangkan para tetamu ke destinasi impian mereka dengan tambang rendah. 

 

"Kini, kami menambah satu juta tempat dudul promosi yang boleh ditempah mulai hari ini termasuk untuk penerbangan jarak sederhana ke Melbourne, Taipei, Tokyo dan banyak lagi. Kami tidak sabar untuk menerbangkan berjuta-juta para tetamu dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

 

airasia

 

 

 

AirAsia berkata, dengan masa yang semakin suntuk, para pengembara digalakkan untuk menempah tempat duduk mereka untuk perjalanan antara 1 September 2024 dan 18 Jun 2025. Tempahan boleh dibuat melalui airasia Superapp atau airasia.com.

 

Selain itu, AirAsia juga menawarkan diskaun 20% untuk tempahan ciri 'Fast Pass' dan 20% untuk tempahan Xtra Carry-On. Pemegang kad BigPay di Malaysia juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 untuk semua penerbangan AirAsia.

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

Kempen tempat duduk percuma AirAsia membolehkan para pengembara dalam dan luar negara terbang ke seluruh dunia dengan tambang lebih berpatutan, katanya.

 

Katanya, promosi itu menawarkan tambang asas percuma dan para tetamu hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan caj berkaitan sahaja seterusnya menawarkan lebih nilai kepada mereka. - DagangNews.com