AirAsia tambah penerbangan 319 seminggu ke Sarawak mulai 14 Februari 2022 | DagangNews Skip to main content

AirAsia tambah penerbangan 319 seminggu ke Sarawak mulai 14 Februari 2022

Bandar raya Kuching bermandikan cahaya lampu gemerlapan.

SEPANG 7 Feb - Para tetamu yang merancang untuk terbang ke Sarawak kini mempunyai lebih banyak pilihan masa penerbangan kerana AirAsia akan menambah kekerapan penerbangannya ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dengan jumlah penerbangan sebanyak 319 penerbangan pada setiap minggu bermula 14 Februari 2022. 

 

Penerbangan yang menghubungkan Semenanjung Malaysia ke empat buah bandar di Sarawak ini boleh ditempah melalui airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ dan tambang sehala daripada RM108 atau 10,800 airasia poin. Tetamu yang mempunyai akaun kredit juga boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan ini. 

 

airasiaairasia

 

 

Selain menambah kekerapan ke Sarawak, AirAsia juga menawarkan tambang promosi daripada serendah RM18 sehala atau dengan hanya 1,800 airasia poin untuk penerbangan domestik ke Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Tawau, Miri dan banyak lagi.

 

Penerbangan antarabangsa ke Bangkok, Phuket, Phnom Penh, Singapura dan lain-lain juga tersedia dengan tambang promosi daripada RM99 sehala atau dengan hanya 9,900 airasia poin.

 

Para tetamu boleh menempah tambang promosi ini dari sekarang hingga 13 Februari 2022 untuk tempoh perjalanan dari 14 Februari hingga 30 September 2022.

 

AirAsia turut bekerjasama dengan Visa bagi menawarkan diskaun RM15 untuk tempahan penerbangan menggunakan kad Visa dengan perbelanjaan minimum RM200 semasa tempoh promosi ini.

 

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 20 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya.

 

AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya.

 

 

airasia

 

 

Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi COVID-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital.

 

Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 20 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat.

 

AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain.

 

Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik. - DagangNews.com