AirAsia X angkut 880,265 penumpang pada 2Q24, melonjak 42% YoY | DagangNews Skip to main content

AirAsia X angkut 880,265 penumpang pada 2Q24, melonjak 42% YoY

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 25 Julai - AirAsia X Bhd (AAX) membawa sejumlah 880,265 penumpang pada suku kedua 2024 (2Q24), melonjak 42% tahun ke tahun (y-o-y) dan melepasi pertumbuhan 25% tahun-tahun di tempat duduknya setiap kapasiti kilometer (ASK).

 

Dalam satu kenyataan, AAX berkata ia merekodkan kapasiti ASK sebanyak 4.4 bilion pada 2Q24 berbanding 3.5 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

 

Syarikat itu mencatat peningkatan dalam tempoh 12 bulan lalu bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dengan mengaktifkan semula pesawat untuk menyokong rangkaiannya yang kian berkembang.

 

“Faktor muatan penumpang (PLF) syarikat mencatatkan 83% yang teguh, meningkat sebanyak tujuh mata peratusan tahun ke tahun, dirangsang oleh musim kemuncak perjalanan musim bunga di pasaran utama dan tempoh cuti Aidilfitri pada suku dalam tinjauan.

 

"Dari segi rangkaian, AAX menyambung semula operasi ke Xi'an pada April, mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran teras ini kepada lima destinasi termasuk Beijing, Chengdu, Hangzhou dan Shanghai."

 

Semasa suku dalam tinjauan, AAX berkata ia telah meningkatkan lagi kekerapan penerbangannya antara Kuala Lumpur dan Bali kepada 14 kali seminggu daripada sembilan kali sebelumnya, memenuhi permintaan kukuh untuk pulau kegemaran riadah itu.

 

“AirAsia X Thailand terus menyampaikan PLF kukuh sebanyak 84% pada 2Q24, meningkat sebanyak enam mata peratusan tahun ke tahun.

 

“Pertumbuhan ini didorong oleh pertumbuhan 17% tahun ke tahun dalam bilangan penumpang yang dibawa untuk suku tersebut kepada 362,596 penumpang, mengatasi pertumbuhan 3% tahun ke tahun dalam kapasiti ASK sebanyak 1.87 bilion pada 2Q24.

 

Dalam tempoh yang ditinjau, AAX berkata AirAsia X Thailand juga melaporkan peningkatan 7% tahun ke tahun dalam bilangan sektor kepada 1,156, apabila lebih banyak penerbangan dilancarkan untuk menampung permintaan yang meningkat dalam pasaran.

 

“Jumlah saiz armada AAX kekal pada 18 A330 pada 30 Jun 2024, dengan 16 pesawat kini diaktifkan dan beroperasi. Saiz armada AirAsia X Thailand berjumlah tujuh A330, dengan enam pesawat diaktifkan dan beroperasi." - DagangNews.com