Alliance Bank, Zurich tawar insurans siber peribadi pertama Malaysia | DagangNews Skip to main content

Alliance Bank, Zurich tawar insurans siber peribadi pertama Malaysia

siber

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) dan Zurich Malaysia memperkenalkan perlindungan insurans siber peribadi pertama di negara ini yang dikenali sebagai Z-Alliance Cyber Protect.

Insurans tersebut melindungi rakyat Malaysia daripada mengalami kerugian kewangan yang tumbul daripada jenayah siber yang berleluasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Joel Kornreich berkata, jenayah siber menjadi ancaman besar dalam persekitaran digital susulan peningkatan jumlah pembelian secara dalam talian sepanjang tempoh COVID-19.

"Kerjasama dengan Zurich ini membolehkan kami untuk terus menyediakan inovasi digital yang relevan dan memenuhi keperluan pelanggan.

"Insurans ini merupakan penyelesaian yang tepat pada masanya untuk melindungi pelanggan kami daripada terlibat menjadi mangsa jenayah siber," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Joel Kornreich
Joel Kornreich 

 

Sejak Januari hingga September 2020, jenayah siber di negara ini merekodkan sebanyak 8,400 kes dan dijangka  melebihi 10,772 kes yang dicatatkan pada tahun lalu.

Z-Alliance Cyber Protect bertindak melindungi penggunda daripada mengalami kerugian yang disebabkan oleh kecurian identiti secara dalam talian, pemerasan dan penipuan.

Perlindungan juga diberi dalam aspek kos pemulihan seperti kos pembaikan komputer riba yang terjejas akibat penularan virus dalam perisian serta perlindungan kerugian susulan transaksi palsu yang mengakibatkan barang tidak dihantar.

 

Junior Cho
Junior Cho

 

Pelanggan boleh membeli perlindungan tersebut secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi cawangan fizikal bermula 1 November 2020 hingga 31 Mac 2021.

Lebih menarik, pelanggan bakal menikmati perlindungan percuma selama sebulan (13 bulan) meskipun hanya perlu membayar untuk perlindungan selama 12 bulan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General, Junior Cho berkata, produk yang diperkenalkan itu dapat membantu pengurangkan kebimbangan yang dihadapi pelanggan semasa melakukan transaksi dalam talian. - DagangNews.com