Ketua Pegawai Jualan Am Allianz Horst Habbig; Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Sean Wang; Presiden MYC Jufitri Joha dan Setiausaha Kehormat MYC Hasnul Haniff Harun pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Menara Allianz Sentral.
Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 5 Nov - Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Belia Malaysia (MYC) untuk menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan perlindungan sosial dalam kalangan belia B40.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang berkata, melalui kerjasama ini, belia yang layak untuk Baucar Perlindungan Tenang (PTV), juga sebuah inisiatif kerajaan, digalakkan untuk menggunakan baucar mereka untuk membeli polisi Allianz PerlindunganKu.
"Melalui kerjasama bersama Majlis Belia Malaysia dan dengan produk kami Allianz PerlindunganKu, kami mahu belia kita untuk melihat perlindungan bukan hanya sebagai sebuah kelebihan tetapi sebuah jaringan keselamatan yang boleh dimiliki untuk melindungi mereka dari beberapa kejadian yang tidak dijangka dalam hidup," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
MoU tersebut ditandatangani pada 5 November 2021 oleh Sean Wang dan Presiden MYC Jufitri Joha.
Ia menggariskan sebuah perkongsian komitmen dalam menggalakkan belia B40 untuk mengambil Allianz PerlindunganKu oleh Allianz General dibawah Perlindungan Tenang kerajaan, pelan insurans mampu milik.
Allianz General dan MYC menyasarkan 500,000 belia dari kumpulan B40 untuk mendaftar dengan MYC untuk menebus PTV untuk polisi Allianz PerlindunganKu.
Sementara itu Jufitri berkata ini kerjasama ini akan memanfaatkan peranan MYC; selain dari fokus untuk perkembangan, sukarelawan, patriotisme belia dan membina jati diri belia yang kukuh, MYC juga berbesar hati ramai ahli belia organisasi lain akan menerima manfaat dari program tersebut.
“Pada 2020, kita telah menyaksikan impak pandemik dalam kehidupan kita. Ia juga membimbangkan apabila mengetahui hanya 22% rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Insurans Kesihatan Peribadi seperti yang dilaporkan dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS).
"Kami mahu berterima kasih kepada Perlindungan Tenang di bawah inisiatif kerajaan yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan B40 untuk memastikan kesihatan mereka diinsuranskan ketika dalam kesukaran. Kami berharap inisiatif ini akan terus memberi manfaat kepada kumpulan B40,” katanya.
Selain itu, kerjasama itu juga akan fokus kepada meringankan beban kewangan untuk penjagaan perubatan termasuk sebarang kecederaan akibat kemalangan dan menawarkan perlindungan untuk belia yang bekerja atau sukarela dalam pekerjaan berisiko tinggi seperti mereka yang berkhidmat di pusat pemindahan banjir dan pusat vaksinasi. -DagangNews.Com