Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd., Joseph Gross (dari kiri) bersama Ketua Kumpulan Sumber Manusia Allianz Malaysia Bhd., Wong Woon Man dan Ketua Pegawai Jualan Allianz Life Insurance Malaysia Bhd., Raymond Cheah pada majlis pelancaran Allianz LEAP semalam.
KUALA LUMPUR 10 Dis - Para pelajar pengajian tinggi kini boleh memperoleh ilmu serta meneroka kebolehlaksanaan dan peluang dalam industri insurans melalui program Allianz LEAP.
Allianz L.E.A.P. adalah sebuah 'ekosistem kejayaan; yang menyediakan para pelajar pengajian tinggi dengan sebuah platform di mana mereka boleh belajar (Learn), berinteraksi (Engage), mempunyai peluang untuk memperoleh perantisan (Apprenticeships) dan yang paling penting, membantu mereka mencari tujuan (Purpose) hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd., Joseph Gross berkata, syarikat berbangga menjadi penanggung insurans pertama yang menawarkan program sedemikian dan terus komited untuk mencipta peluang kerjaya yang pelbagai dalam industri insurans.
“Di Allianz, kami mengambil berat tentang komuniti di sekeliling kami termasuklah masyarakat sekeliling, pembelajaran dan pembangunan, serta pembentukan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan. Dan salah satu cara kami melakukannya adalah melalui program Allianz LEAP.
"Lebih penting lagi, dengan Allianz LEAP, pelajar boleh menggunakan program ini sebagai platform di mana mereka boleh menunjukkan kemahiran dan keupayaan mereka serta meletakkan diri mereka di landasan kejayaan dan memperolehi peluang kerjaya bersama kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Allianz LEAP menawarkan program kepimpinan, ceramah kerjaya, peluang untuk berinteraksi dengan pakar industri melalui sesi perkongsian pengetahuan dan menyertai program latihan dalam syarikat.
Para pelajar juga boleh menjadi Duta Pelajar Allianz dan mereka memperolehi ganjaran menarik dengan mempromosikan program dan aktiviti menarik. - DagangNews.com