Allianz Malaysia bawa kakitangan rai Hari Wanita Antarabangsa di Royal Selangor | DagangNews Skip to main content

Allianz Malaysia bawa kakitangan rai Hari Wanita Antarabangsa di Royal Selangor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Mac - Allianz Malaysia Bhd meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan membawa kakitangan ke Royal Selangor untuk merasai sendiri pengalaman bekerja dengan 'pewter'. 

 

Aktiviti itu termasuk bengkel mencipta mangkuk pewter di School of Hard Knock dan aksesori pewter di The Foundry. 

 

Peserta yang menyertai lawatan ke pusat itu juga telah menerima apron dan sijil. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, ia adalah sesuatu yang sangat indah untuk meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan kakitangan mereka sekali lagi. 

 

 

allianz

 

 

allianz

 

 

"Untuk menyampaikan rasa terima kasih dan mengiktiraf wanita dalam syarikat kami atas segala kerja keras dan dedikasi mereka, tahun ini, kami melakukan aktiviti yang sedikit berbeza.

 

 

allianz

 

 

"Kita membawa mereka keluar dari pejabat dan menyertai bengkel pewter yang mana mereka boleh merehatkan badan, minda dan menjadi kreatif," katanya. - DagangNews.com