Allianze Malaysia catat GWP RM1.48 bilion pada Q1 2021, naik 8% | DagangNews Skip to main content

Allianze Malaysia catat GWP RM1.48 bilion pada Q1 2021, naik 8%

KUALA LUMPUR 20 Mei – Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (AMB) merekodkan Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak RM1.48 bilion untuk suku pertama tahun ini (Q1 2021), kenaikan 8.8% daripada RM1.36 bilion pada suku pertama tahun lepas.

 

Jumlah Aset Kumpulan meningkat 12.3% kepada RM21.71 bilion setakat 31 Mac 2021 berbanding RM19.33 bilion tahun lepas, sementara Keuntungan Sebelum Cukai menurun 26.7% kepada RM67.4 juta dalam suku pertama 2021 berbanding RM91.9 juta dalam suku pertama 2020, terutamanya disebabkan oleh perubahan nilai saksama dalam segmen insurans hayat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Zakri Khir kata, pihaknya tahu bahawa kesan selepas wabak COVID-19 akan mengambil masa untuk hilang, dan untuk satu tahun kemudian, kebanyakan negara, termasuk Malaysia, masih terbelenggu oleh kesan COVID-19 yang tidak henti kerana ia akan terus mengalami gangguan dalam proses pemulihannya.

 

"Walaupun cabaran perniagaan dan persekitaran ekonomi agak dingin berikutan pelaksanaan semula sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) antara Januari hingga Februari tahun ini, Allianz Malaysia tetap berjaya memberikan hasil yang berdaya tahan," ujarnya dalam kenyataan di sini.

 

"Dalam mengamati strategi COVID-19 kerajaan yang kelihatan seperti tidak berpenghujung, dan dengan itu, masa depan tampak suram bagi Malaysia. Oleh yang demikian, Allianz Malaysia akan terus berusaha mencapai kemajuan, menggunakan strategi jangka pendek dan dorongan yang berterusan dalam meningkatkan kemajuan perniagaan, disaat kita bersedia untuk tahun yang lebih mencabar lagi,” kata beliau.

 

Anak syarikat insurans am AMB; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) melaporkan RM656.4 juta dalam GWP dalam suku pertama 2021, peningkatan sebanyak 7.0% daripada RM613.6 juta pada 2020.

 

Keuntungan Penguderaitan meningkat 84.0% ke RM48.4 juta dalam suku pertama 2021 berbanding RM26.3 juta dalam suku pertama 2020. Keuntungan Sebelum Cukai meningkat 24.3% ke RM92.6 juta dalam suku pertama 2021 berbanding RM74.5 juta suku pertama tahun sebelumnya.

 

Jumlah Aset meningkat 5.2% ke RM7.01 bilion setakat 31 Mac 2021 daripada RM6.66 bilion tahun sebelumnya. Nisbah Gabungan bagi suku pertama 2021 meningkat ke 90.5%, berbanding 94.8% dalam suku pertama 2020.

 

Berdasarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Allianz General berada di kedudukan pertama di kalangan industri insurans am, meraih peningkatan 13.3 peratus bahagian pasaran pada suku keempat tahun 2020.

 

Anak syarikat insurans hayat Kumpulan; Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) melaporkan GWP sebanyak RM825.6 juta pada suku pertama 2021, peningkatan 10.3% daripada RM748.5 juta yang dicapai dalam suku pertama 2020.

 

Premium Perniagaan Baharu (ANP) meningkat sebanyak 39.7% berjumlah RM171.3 juta dalam suku pertama 2021 daripada RM122.6 juta dalam suku pertama 2020 yang disumbangkan terutamanya oleh premium yang lebih tinggi dari saluran agensi dan manfaat kakitangan.

 

Allianz Life mencatat pertumbuhan negatif Keuntungan Sebelum Cukai pada suku pertama 2021. - DagangNews.com