Amaran KP Kesihatan - Bersedia hadapi keadaan terburuk | DagangNews Skip to main content

Amaran KP Kesihatan - Bersedia hadapi keadaan terburuk

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

 

 

KUALA LUMPUR 25 Mei - "Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan terburuk," demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twittternya hari ini.

 

Beliau menggesa orang ramai agar bersedia untuk menghadapi gelombang COVID-19 yang lebih buruk, berikutan trend terkini peningkatan graf jangkitan COVID-19 di negara ini.

 

"Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak.

 

"Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan,” katanya.

 

Twitter KP Kesihatan
Sumber : Akaun Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

 

 

Beliau menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya berlaku kecemasan atau hadir ke tempat kerja.

 

Hari ini, kes jangkitan baharu mencecah lebih 7,000 apabila merekodkan 7,289 kes menjadikan keseluruhan kes berjumlah 525,889.

 

Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu 2,642. - DagangNews.com