AmBank kekalkan jangkaan inflasi sepanjang tahun -0.6% hingga -1.5% | DagangNews Skip to main content

AmBank kekalkan jangkaan inflasi sepanjang tahun -0.6% hingga -1.5%

Indeks Harga Pengguna (IHP)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 22 Okt. - AmBank Research membuat keputusan untuk mengekalkan jangkaan inflasi sepanjang tahunnya pada kadar -0.6% hingga -1.5%.

AmBank Research dalam nota kajiannya berkata, pengekalan itu dibuat berdasarkan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebanyak 1.4% pada September 2020 seperti yang diumumkan semalam.

"IHP mencatatkan penurunan untuk tujuh bulan berturut-turut pada September dengan penurunan sebanyak 1.4%.

"Ia menjadikan purata untuk sembilan bulan pertama hingga -1.0% berbanding tahun sebelumnya.

"Kami mengekalkan jangkaan inflasi sepanjang tahun kami pada kadar -0.6% hingga -1.5% buat masa ini," jelas AmBank Research.

Semalam, DagangNews.com melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi menguncup 1.4% pada September 2020 kepada 120.1 berbanding 121.8 pada bulan sama tahun lalu.

Baca: Indeks harga pengguna September 2020 jatuh 1.4%

Tambah AmBank Research, penurunan itu disebabkan oleh kemerosotan indeks pengangkutan (-9.9%) dan penurunan harga perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (-3.0%).

Kedua-dua kumpulan tersebut menyumbang 38.4% daripada jumlah inflasi.

Pada September, harga pam runcit seliter bagi RON95, RON97 dan diesel tidak berubah seperti Ogos dengan harga masing-masing bernilai RM168, RM1.98 dan RM1.73 untuk setiap liter.

Bagaimanapun, jumlah IHP atau inflasi itu adalah tidak termasuk item makanan segar yang tidak menentu selain harga barangan dan perkhidmatan yang dikawal selia, menurun kepada 1% pada September berbanding 1.1% pada Ogos. - DagangNews.com