AmInvest yakin Malakoff terus raih projek pemasangan solar bumbung | DagangNews Skip to main content

AmInvest yakin Malakoff terus raih projek pemasangan solar bumbung

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Jan - Firma penyelidikan AmIvest Research yakin bahawa Malakoff Corporation akan terus meraih projek pemasangan solar bumbung pada tahun kewangan 2022 (FY22F) dan FY23F.

 

Projek pemasangan solar bumbung 24.8MW dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini dengan pendapatan mereka dijangka diraih menerusi pengurangan tariff serta penyelenggaraan.

 

Bagi jangka masa panjang, ia akan mengurangkan kadar pendedahan Malakoff kepada penggunaan arang batu mengurangkan risiko amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

 

"Kami percaya Malakoff akan membida projek pembangunan dari sisa ke tenaga (WTE) pada tahun ini dengan proses bidaan untuk loji jana kuasa WTE di Pahang, Kedah dan Terengganu akan dibuka pada tahun 2022.

 

"Sebelum ini Malakoff telah menghantar bidaan untuk projek sama di Johor dan Melaka pada tahun 2021. Kami menjangkakan kos loji jana kuasa itu sebanyak RM13/MW dan RM15/MW," katanya dalam satu nota kajia, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, menjangkakan pendapatan anak syarikat Malakoff iaitu, Alam Flora akan meraih keuntungan sebanyak RM110 juta bagi FY22F.

 

Di bawah segmen konsesi, firma itu percaya bahawa jumlah sisa yang dikendalikan adalah sama iaitu kira-kira 1.1 juta tan setahun manakala perniagaan bukan segmen konsesi iaitu pembersihan dan kitar semula dijangka statik pada kadar 880,000 tan setahun dan menyumbang 20% kepada pendapatan keseluruhan.

 

"Pertumbuhan pendapatan Alam Flora akan disokong oleh projek seperti loji eco recovery bersepadu di Klang. Pembinaan loji bernilai RM140 juta pada Disember 2021.

 

"Apabila siap, ia akan mengendalikan sisa komersial daripada pelabuhan dan kapal," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'pegang' ke atas saham Malakoff pada kadar RM0.90 sesaham dan pada FY22F pemberian dividen dijanngka pada kadar 8%. - DagangNews.com