AmInvestment unjur kos pengeluaran minyak sawit mentah Sime Darby Plantation susut kepada RM2,300 setiap tan pada FY24 | DagangNews Skip to main content

AmInvestment unjur kos pengeluaran minyak sawit mentah Sime Darby Plantation susut kepada RM2,300 setiap tan pada FY24

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Feb - AmInvestment Bank Research mengunjurkan kos pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) Sime Darby Plantation Bhd menyusut kepada RM2,300 bagi setiap tan pada FY24 berbanding RM2,500 satu tan pada FY23.

 

Katanya, penyusutan itu didorong oleh penurunan harga baja global antara 10% hingga 20%. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan tidak mempunyai masalah tenaga kerja di Malaysia dan kebanyakan mereka sudah melengkapkan latihan.

 

Buat masa sekarang, kumpulan itu memiliki sejumlah 27,000 pekerja ladang di Malaysia, 31,000 di Indonesia dan 10,000 di Papua New Guinea.

 

"Pengeluaran buah tandan segar (BTS) kumpulan itu diunjur meningkat sebanyak 6% pada FY24 berbanding 3.5% pada FY23 dan pada masa sama kami melihat bhawa tiada isu besar berkaitan cuaca setakat ini," katanya dalam satu nota kajian.

 

"Pendapatan industri hiliran dijangka meningkat sebanyak 25% kepada RM491 juta pada FY24 didorong oleh permintaan positif dan harga jualan di Eropah.

 

"Kami telah mengandaikan margin pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) meningkat sebanyak 2.5% pada FY24 berbanding 2% pada FY23," katanya dalam satu satu nota kajian, hari ini.


AmInvestment berkata, peraturan penebangan hutan yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU) yang akan dilaksanakan akhir tahun ini dilihat tida memberi kesan ketara kepada kumpulan itu.

 

Katanya, produk sawit kumpulan yang dijual kepada EU adalah daripada Papua New Guinea dan di negara itu, produk sawit mereka diasingkan mengikut baki minyak diperakui Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).


"Eropah menyumbang 21.3% daripada hasil hasil kumpulan pada FY22.

 

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga wajar (FV) RM4.55 sesaham," katanya. - DagangNews.com