Anak syarikat Ewein, Tekun Innovasi bakal dibubar | DagangNews Skip to main content

Anak syarikat Ewein, Tekun Innovasi bakal dibubar

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Mac - Anak syarikat Ewein Berhad, Tekun Innovasi Sdn Bhd (TISB) bakal dibubarkan secara sukarela.

 

Ini selepas TISB telah melaksanakan penggulungan ahli secara sukarela pada hari ini mengikut Seksyen 439 (1) (b) Akta Syarikat 2016.

 

Menurut makluman Ewein di Bursa Malaysia, Chee Wai Hong telah dilantik sebagai penyelesai (liquidator) bagi pembubaran TISB. 

 

“Penggulungan ahli secara sukarela ke atas TISB tidak akan memberi impak terhadap kewangan dan operasi kumpulan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

 

“Tiada pengarah atau pemegang saham besar Ewein atau individu berkaitan mempunyai kepentingan, secara langsung atau tidak langsung terhadap pembubaran itu,” jelas kumpulan syarikat berkenaan.

 

Berdasarkan makluman sama, TISB mula ditubuhkan pada 29 November 2006 dan merupakan syarikat pembuatan produk dan bahagian logam rekaan.

 

TISB menyaksikan sebanyak 100,000.00 jumlah saham yang diterbitkan.

 

Setakat 5 petang ini, nilai saham Ewein menyusut RM0.005 kepada RM0.350. - DagangNews.com