KUALA LUMPUR 6 Jun - PLUS Malaysia Berhad menjangkakan sebanyak 1.8 juta hingga 2 juta kenderaan menggunakan lebuh raya PLUS hari ini bersempena dengan cuti Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong serta cuti sekolah.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, jangkaan itu adalah berikutan jumlah trafik yang tinggi direkodkan pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu.
Oleh yang demikian kata beliau, PLUS menasihatkan agar pengguna memandu dengan berhati-hati dan sabar serta mematuhi peraturan lalulintas memandangkan jumlah kenderaan yang tinggi di lebuh raya.
Pada masa yang sama, PLUS menasihatkan:-
1. Pengguna RFID disaran masuk dan keluar melalui lorong RFID.
2. Pastikan baki mencukupi dalam kad Touch 'n Go mahupun Touch 'n Go e-wallet, supaya tidak mengalami kesesakan di lorong tol
3. Rehat setiap 2 jam di R&R berdekatan, mahupun di hentian sebelah serta plaza tol yang berhampiran.
4. Rancang perjalanan dengan aplikasi PLUS dan WAZE atau Google Map."
5. Jangkakan masa perjalanan yang lebih lama untuk sampai ke destinasi, oleh itu pastikan keselesaan ahli keluarga sebelum memulakan perjalanan pulang. - DagangNews.com